Kaji tambatan ringgit untuk lindungi ekonomi negara – Muhyiddin

UTUSAN MALAYSIA

21/09/2008 1:47pm

TEMERLOH 21 Sept. — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kerajaan mengkaji cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melaksanakan semula sistem tambatan ringgit bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara.

Sekalipun tambatan ringgit yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 1997 dilihat tidak sama dengan senario ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, Muhyiddin berkata mungkin ada beberapa mekanisme tambatan ringgit itu yang boleh diguna pakai semula.

“Mungkin tambatan ringgit dilihat tidak lagi sesuai bagi mengekang kelembapan ekonomi dunia hari ini untuk melindungi kesannya terhadap ekonomi negara kita, tetapi mungkin ada beberapa mekanisme tertentu tambatan ringgit itu yang boleh diguna pakai semula.

“Ekonomi global hari ini adalah berpunca daripada masalah sub prima di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan beberapa buah bank utama negara itu bankrap dan senario ini adalah tidak sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1997,” kata Muhyiddin.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin dan anggota UMNO akar umbi Bahagian Temerloh dan Kuala Krau dekat sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Dr Mahathir supaya tambatan ringgit diperkenalkan semula bagi mengekang nilai mata wang AS yang semakin menyusut akhir-akhir ini yang akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.

Muhyiddin berkata kerajaan perlu mengikuti perkembangan ekonomi semasa dunia dengan mengambil inisiatif dan berwaspada dengan mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani masalah tersebut.

Beliau berharap kesan kelembapan ekonomi global itu hanya sementara sahaja dan tidak seteruk seperti yang berlaku pada tahun 1997.

“Apa yang penting ialah kerajaan perlu sentiasa mengawasi inflasi, memantapkan sektor pelaburan, memperkukuhkan institusi kewangan dan menggerakkan ekonomi domestik,” katanya.

Pada perkembangan lain, Muhyiddin berkata beliau yakin pelaburan terus asing (FDI) akan kembali memberangsangkan penghujung tahun ini.

“Sekarang ini kita lihat banyak pelabur asing mengambil sikap tunggu dan lihat kerana bimbang dengan kestabilan politik negara gara-gara terpengaruh dengan berita peralihan kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s