Desas-desus Pas ada masalah dalaman

SINAR HARIAN

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditahan bagi menghormati semangat Ramadan.

“Diharap tidak berlaku kerana kekacauan yang dilakukan rakyat berikutan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Datuk Zaid Ibrahim sendiri meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

“Mudah-mudahan semangat Ramadan, tidak akan berlaku (tangkapan),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah Anwar akan ditahan lagi.

Menurutnya, kepincangan yang berlaku akibat penyalahgunaan ISA menunjukkan lebih baik kerajaan menggunakan undang-undang lain supaya mereka yang ditangkap dapat dibicarakan dan menggunakan khidmat peguam.

Beliau juga enggan memberi komen mengenai penahanan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang didakwa melancarkan kempen dalam talian agar bendera Malaysia dikibar terbalik.

“Itu urusan polis saya tidak mahu campur,” katanya ringkas.

Terdahulu beliau menerima kunjungan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali di JKR 10 dan ketika ditanya mengenai hasil pertemuan itu, Nik Abdul Aziz berkata, perbezaan kenyataan adalah lumrah bagi manusia dan apatah lagi antara ‘bapa dan anak’.
“Ia umpama kiambang berpecah kemudian bertaut kembali,” katanya.

Pada 10 September lalu, Mustafa berpendapat penubuhan kerajaan baru pada 16 September seperti yang digembar-gemburkan Anwar tidak mungkin berlaku.

Mustafa dilaporkan berkata, berdasarkan pengamatannya sebagai penganalisis politik, beliau membuat kesimpulan tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada tarikh itu.

Kenyataan Mustafa itu mendapat maklum balas daripada Nik Abdul Aziz apabila beliau menyebut kenyataan Mustafa seolah-olah sudah menjadi ‘lidah UMNO’.

Sementara itu, Mustafa ketika ditemui berkata, tiada sebarang perkara berbangkit dalam pertemuan beliau dengan Menteri Besar Kelantan itu.

“Saya hormat MB seperti bapa saya sendiri. Mengenai teguran yang diberikan Nik Abdul Aziz, sebenarnya Pas tiada sebarang krisis. Perbezaan pendapat adalah tetapi bukan krisis.

Ini kerana MB akan tegur semua tak kira siapa pun,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s