Makanan anjing: Bekas tahanan ISA sangkal Teresa Kok

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kononnya makanan yang diberikan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama seperti makanan anjing adalah merupakan dakwaan yang tidak benar dan keterlaluan.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (gambar) yang pernah merasai pengalaman ditahan di bawah ISA pada 1987 berkata, kenyataan Teresa itu lebih kepada cerita rekaan yang bermotifkan politik.

”Jangan isu makanan untuk tahanan ISA hendak dipolitikkan. Apakah dia mahu dilayan seperti pelancong semasa ditahan dan makan makanan laut?” soalnya.

Beliau berkata, Teresa perlu sedar bahawa apabila dia ditahan di bawah ISA, layanan yang diberikan pastilah layanan terhadap tahanan.

Oleh itu, tegasnya, sesuai dengan status semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kinrara itu ditahan, pastinya makanan yang dihidangkan adalah makanan untuk tahanan.

”Sedangkan semasa saya ditahan selama dua bulan iaitu satu tempoh penahanan yang lebih lama berbanding dengan tempoh penahanan ke atas Teresa iaitu seminggu sahaja, tak ada pun aduan tentang makanan” ujarnya.

Beliau memberitahu, untuk tahanan ISA mereka diberi makanan seperti nasi berlaukkan ikan (tanpa tulang) ayam (tanpa tulang), daging dan sayur-sayuran.

Tajuddin berkata, walaupun telah dibebaskan, Teresa suka menimbulkan kenyataan yang membawa kepada perasaan sakit hati dan boleh mencetuskan pergaduhan.

Sementara itu, seorang lagi yang pernah ditahan di bawah ISA, Dr. Chandra Muzaffar ketika dihubungi berkata, pengalamannya ketika ditahan di bawah ISA selama 52 hari berbeza dengan pengalaman yang dilalui oleh Teresa.

”Bagi saya makanan yang diberi kepada tahanan ISA adalah makanan biasa seperti di rumah,” katanya yang tidak menyentuh makanan berdaging.

Beliau berkata, makanan seperti sajian anjing untuk tahanan ISA merupakan kali pertama didengarnya dan itu adalah dakwaan yang tidak benar.

”Adalah tidak benar makanan yang diberikan kepada tahanan ISA disamakan seperti makanan haiwan (anjing),” katanya.

Wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew Daily, Tan Hoon Cheng yang ditahan di bawah ISA berkata, dia tidak menjamah makanan di dalam lokap.

”Masa saya ditahan, polis bertanya adakah saya mahu makan malam kerana makanan saya dibeli di luar dan saya tidak makan makanan yang disediakan dalam lokap,” katanya.

Dia berkata, makanan yang dimakannya selepas pukul 12 tengah malam ialah roti bakar dan Milo panas.

One response to “Makanan anjing: Bekas tahanan ISA sangkal Teresa Kok

  1. INILAH AKIBATNYE ANAK KERE DISUSUKAN ANAK SENDIRI DIBIARKAN KELAPARAN…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s