Peralihan kuasa: Muhd Taib nafi wujud tekanan ahli MT

MSTAR

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini menafikan wujud tekanan daripada anggotaanggota Majlis Tertinggi (MT) parti supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan presiden lebih awal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata: “Tidak ada apaapa tekanan kepada Pak Lah, tidak ada perkara seperti itu dalam mesyuarat MT.”

Katanya seperti manamana mesyuarat MT, ahliahli MT bebas memberikan pelbagai cadangan dan dalam mesyuarat MT terbaru, ada satu atau dua pandangan yang mahukan Pak Lah perbetulkan satu atau dua perkara berkaitan perjalanan parti untuk memperkasakan lagi parti.

“Perbezaan pendapat bukan bermakna wujud tekanan. Seperti mesyuarat manamana organisasi, akan wujud perbezaan pendapat tetapi itu tidak bermakna kita menyuruh pengerusi organisasi atau mesyuarat itu letak jawatan.

“Pak Lah dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mematuhi pelan peralihan kepimpinan parti yang dipersetujui pada 2010,” katanya selepas menyampaikan cek RM18.25 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk elaun 2,300 guru KAFA di Bangi.

“Bagaimanapun, ada pihak tertentu yang baling batu sembunyi tangan dengan cuba menggunakan blog, internet dan media bagi mempengaruhi pandangan umum bagaimana pelan peralihan kepimpinan itu patut dilakukan, sedangkan kaedah perlaksanaan pelan itu sudah dipersetujui bersama antara Pak Lah dan Najib pada 2010.

“Mereka nak guna blog dan internet untuk ajar kita mengenai peralihan kepimpinan dan kuasa.

Sangat malang kerana kebanyakan rakyat Malaysia terlalu mempercayai kandungan bahanbahan dalam blog, sedangkan di Amerika Syarikat, rakyat negara itu menyiasat dulu butiran dalam blog dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog.”

“Ditambah dengan tindakan mensensasikan isu yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menimbulkan huruhara dan kegawatan, wujud persepsi rakyat bahawa kerajaan BN (Barisan Nasional) lemah, sedangkan BN sudah mentadbir dengan dengan baik.”Kalau BN benarbenar lemah, keadaan kewangan tidak stabil dan Pak Lah tidak cekap mentadbir negara, bagaimana kerajaan boleh mengumumkan bajet yang begitu pemurah dan menyenangkan tahun demi tahun sejak 2004,” katanya.

Muhammad berkata rakyat sepatutnya mengamalkan budaya bersyukur dengan pelbagai insentif, potongan cukai dan pelan tindakan bagi meringankan beban kegawatan ekonomi, seperti yang diumumkan dalam bajet 2008 dan 2009.

Beliau meminta rakyat jangan terpengaruh dengan slogan politik yang digunakan Anwar bagi memainkan sentimen orang Cina dan India.

Katanya tindak tanduk Anwar tidak positif kepada keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum hasil pentabiran BN selama ini.

“Anwar memainkan sentimen bahaya dengan menimbulkan satu isu selepas satu isu macam dalam drama, ada plot, demi plot, sedangkan semua itu hanya gimik politik.

“Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Macam wujud keadaan tawar menawar antara Anwar dengan masyarakat China dan India. Ini sangat berbahaya. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaumkaum,” katanya.

Semua kaum, katanya seharusnya menghormati hakhak mereka dalam perlembagaan persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui semasa kemerdekaan.

“Rakyat kena balik semula kepada semangat kerjasama kaum semasa perlembagaan persekutuan digubal,” katanya.

Muhammad berkata perlembagaan tidak boleh dipinda seperti mengikut alunan turun naik ombak kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat dan kestabilan negara sendiri.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menafikan wujudnya tekanan seperti itu berkata perkara itu tidak tepat dan hanya mengelirukan orang ramai serta mengeruhkan keadaan dan melemahkan parti.

“Laporan itu tidak tepat dan mengelirukan. Apa yang dibincangkan adalah rahsia. Saya rasa mustahil manamana pihak boleh bagi gambaran yang tepat dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua hingga tiga jam itu,” katanya kepada media pada Majlis Sinar Ramadan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini hari ini.Beliau berkata anggota MT bertanggungjawab dan tidak membocorkan kepada sesiapa apaapa yang dibincangkan.

“Adalah penting untuk semua pihak menyedari dalam usaha kita untuk memulihkan parti, kepincangan kita tidak perlu didedahkan sebaliknya kembali kepada asas. Kalau tidak, tiada beza mesyuarat MT dengan mesyuarat bahagian dan cawangan,” katanya.

Hishammuddin berkata desakan untuk meletakkan jawatan perlu dilihat kembali kepada asas iaitu ia dibincangkan balik dalam bahagian dan cawangan.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu dalam hati setiap individu dan ahli cawangan setiap perwakilan. Apa yang saya hendak tekankan ialah apabila kita menjawab dan menari mengikut pembangkang, perbuatan ini hanya membazir masa,”katanya. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s