Setia bersedia menyertai BN

UTUSAN MALAYSIA

KOTA KINABALU 21 Sept. – Parti Demokratik Setia Sehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia) sedia menyertai Barisan Nasional (BN) sekiranya bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan kira-kira 2,000 ahli lain mengambil keputusan menyertai Setia.

Presiden Setia, Henry Rumpit berkata, pihaknya bersedia memberi laluan kepada Shu Kiah untuk mengambil alih Setia sekali gus membawa parti tersebut ke dalam BN.

“Setia sekarang ini hanya menunggu keputusan Shu Kiah sahaja dan sehingga kini beliau masih belum memberi kata putus atau persetujuan untuk mengambil alih Setia.

“Saya bersedia memberi laluan kepada Shu Kiah sebagai presiden parti yang baru sekiranya beliau mengambil alih kepimpinan Setia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ura-ura Shu Kiah dan ahli SAPP yang lain termasuk Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Yun Fah yang ingin mengambil alih teraju kepimpinan Setia.

Henry berkata, rancangan Shu Kiah untuk mengambil alih parti itu menerima maklum balas yang positif daripada ahli biasa dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Setia.

Jelasnya, ini kerana Shu Kiah mempunyai rekod politik yang baik selain perkhidmatan yang cemerlang sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sebelum ini.

“Ahli-ahli dan MT parti gembira jika Shu Kiah menyertai Setia dan kita menerimanya dengan tangan terbuka,” katanya.

Mengenai ideologi dan perjuangan politik berbeza antara Setia yang merupakan parti pembangkang dan Shu Kiah, beliau berkata, perkara tersebut tidak menjadi masalah.

“Kami rela mengorbankan perjuangan Setia untuk rakyat Sabah sebelum ini kerana yakin, jika Setia bergabung dengan BN, perjuangkan kita akan lebih bermakna,” katanya.

Beliau yakin, melalui BN semua masalah Sabah yang sering dibangkitkan sebelum ini akan dapat diselesai secara berperingkat- peringkat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s