Teresa dakwa makanan diberi ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’

UTUSAN MALAYSIA

22/09/2008 3:07pm

SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu ‘seperti makanan anjing’.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini. – Utusan.

4 responses to “Teresa dakwa makanan diberi ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’

  1. Lets Abolish ISA = IKUT SUKA AKU!!!

    Lets see the news…

    A Step To Abolish ISA By 18 people

  2. Alhamdulillah, nampaknya beliau tahu yg beliau masih seorang manusia.

  3. Sekejap kat macam makanan anjing sekejap tukar pula…Cadangan saya ujian mental + ujian bohong perlu dikenakan terhadap MP DAP ini..

    Lim Kit Siang pun boleh temankan Teressa Kok jika rasa nak tahu metalitinya kat tahap ok ker ko..

    Baca ulasan dari blog angin perubahan ini ttg isu makanan anjing Teressa :

    Dalam Malaysiakini, ketika dibebaskan pada pagi 19 September 2008, Teresa Kok mendakwa, beliau dijamu “seperti makanan anjing” – dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam.

    Kemudian, pada 21 September, Biro Pengaduan Awam (BPA) menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Teresa Kok berhubung dengan isu makanan anjing. “Jikalau benar Teresa (Kok) tidak mendapat makanan sesuai sepanjang lapan hari ditahan, beliau bolehlah mengemukakan aduan rasmi kepada kami,” kata T.Murugiah (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Apakah Teresa sudah membuat aduan secara rasmi?

    (Gambar: Anjing makan telur rebus dan timun?)

    Dr. Chandra Muzaffar (Presiden JUST) menyatakan ”Bagi saya makanan yang diberi kepada tahanan ISA adalah makanan biasa seperti di rumah. Adalah tidak benar makanan yang diberikan kepada tahanan ISA disamakan seperti makanan haiwan (anjing),” katanya. Dr Chandra pernah ditahan ISA selama 52 hari.

    Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chiew Daily) yang ditahan di bawah ISA berkata ”masa saya ditahan, polis bertanya adakah saya mahu makan malam kerana makanan saya dibeli di luar dan saya tidak makan makanan yang disediakan dalam lokap,” katanya. Tan berkata, makanan yang dimakannya selepas pukul 12 tengah malam ialah roti bakar dan Milo panas. (Rujuk)
    Pada 22 September 2008, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah “lebih baik sedikit daripada makanan anjing”. (Rujuk). Teresa menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu “seperti makanan anjing”. Teresa menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

    Teresa menyatakan “makanan ISA seperti anjing” dalam Malaysiakini. Kemudian menyalahkan Utusan Malaysia putar belitkan kenyataannya. Siapa yang berbohong sebenarnya? Memang wajar ada cadangan agar Teresa Kok pergi menjalani ujian berbohong.

    AZRINIZAM IBRAHIM
    Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

    http://anginperubahan.blogspot.com/2008/09/teresa-kok-makanan-sama-atau-baik.html

  4. “Makanan tahanan ikut piawaian antarabangsa” Syed Hamid
    22 Sep 2008 10:19AM

    KL: Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar, kesal dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mendakwa dijamu dengan makanan ‘seperti makanan anjing’ semasa ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau menegaskan makanan yang diberikan kepada wakil rakyat itu sepanjang penahanannya adalah mengikut piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa.

    Beliau tidak menolak kemungkinan isu makanan tersebut sengaja dibesar-besarkan oleh Kok kerana motif politik.

    ‘Kita mempunyai garis panduan dan piawaian tertentu dalam memberikan makanan kepada tahanan,’ katanya.

    Bagaimanapun, Datuk Seri Syed Hamid berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan yang dikemukakan oleh Kok dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

    Jumaat lalu, Kok mendakwa diberi makan ‘seperti makanan anjing’ iaitu dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari.

    Menyentuh tentang isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pula, Datuk Seri Syed Hamid berkata tidak ada undang-undang yang dibuat oleh manusia akan kekal selamanya.

    Menurutnya, kerajaan akan sentiasa mengkaji sebarang pindaan undang-undang selaras dengan tuntutan perubahan keadaan dan masa.

    Tetapi sebelum ini berlaku, rakyat mesti mencintai negara dengan menjamin keamanan dan keselamatan, katanya ketika ditanya mengenai gesaan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Majlis Peguam agar ISA dikaji semula dengan teliti atau dihapuskan sama sekali.

    Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam. / Mingguan Malaysia, Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s