Abdullah tetap pertahan jawatan presiden Umno

KL POS

23 Sep 2008 9:18AM KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mempertahankan jawatannnya sebagai Presiden Umno jika tidak berlaku sebarang perkembangan sebaliknya pada detik-detik terakhir, menurut laporan sebuah media dalam talian setempat.Ini meskipun beliau sedang menghadapi tekanan daripada beberapa pihak untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasanya, kata laman berita The Malaysian Insider semalam.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Abdullah telah mencapai keputusan itu selepas beliau bertemu dengan beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, ketua perhubungan negeri dan kakitangan politik pada hujung minggu lalu di kediaman rasmi beliau di Sri Perdana.

Kumpulan tersebut, yang antaranya termasuk Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor, berpendapat bahawa Abdullah akan mampu meraih sekurang-kurangnya 58 pencalonan yang diperlukan untuk mempertahankan jawatan partinya itu.

Para penyokong Abdullah berkata mereka akan giat berkempen bagi pihaknya dalam beberapa minggu akan datang sebaik-baik sahaja mendapat lampu hijau daripada beliau, menurut laporan itu.

Keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatannya itu sudah pasti akan memeranjatkan mereka yang mahukan beliau menyerahkannya kepada Timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada tarikh lebih awal, khususnya selepas mesyuarat MT Khamis lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipetik agensi berita Bernama sebagai berkata terpulang kepada Abdullah sama ada beliau mahu menyerahkan kuasa pada 9 Oktober ini atau tidak.

‘Kita serahkan kepada perdana menteri dan juga presiden Umno untuk memikirkannya. Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi.

‘Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi),’ kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia itu ketika bercakap dengan pemberita semalam.


Abdullah akan mampu raih sekurang-kurangnya 58 pencalonan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s