Keputusan turunkan harga minyak 2 hari lagi

UTUSAN MALAYSIA

PUTRAJAYA 22 Sept. – Keputusan sama ada harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa akan ditentukan dalam tempoh dua tiga hari lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penentuan harga minyak perlu diputuskan oleh Kabinet yang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

”Kita lihat (harga minyak) atau mungkin (diumumkan penurunan harga minyak) pada bila-bila masa,” katanya ketika ditanya sama ada keputusan itu bakal diketahui selepas mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter.

Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimananpun, harga minyak mentah dunia kini berada para paras kira-kira AS$100 setong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s