Majlis Peguam dicabar

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Majlis Peguam didaftarkan sebagai parti politik jika benar-benar mahu bermain politik dan mencampuri urusan pentadbiran negara.

Katanya, ini kerana sejak akhir-akhir ini majlis itu dilihat lebih cenderung kepada urusan permasalahan politik tanah air.

“Oleh sebab mereka nampaknya sudah menunjukkan minat bermain politik, maka saya syorkan mereka didaftarkan sebagai pertubuhan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Ali berkata, tindakan majlis itu sejak kebelakangan ini yang amat ghairah mempertikai dan mempertahankan hak antara kaum yang berbeza menunjukkan majlis itu juga sudah dipengaruhi elemen politik kumpulan tertentu.

“Jadi jika Majlis Peguam boleh diperalat pihak tertentu untuk kepentingan politik, maka saya cabar mereka jadi pertubuhan politik dan menyertai pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Katanya, Majlis Peguam sepatutnya berfungsi sebagai pertubuhan profesional yang membela kepentingan kalangan peguam dan menjadi pemantau kepada perjalanan sistem perundangan di negara ini.

“Banyak isu yang boleh diperjuangkan oleh majlis itu dalam meningkatkan profesion guaman termasuk berusaha menangani ribuan kes yang masih tertunggak,” katanya.

Syed Ali berkata, adalah lebih elok juga teguran dibuat secara berhemah dan sejajar dengan fungsi majlis itu sebagai badan profesional jika ia mendapati wujud kelemahan kerajaan ketika melaksanakan beberapa akta dalam undang-undang.

“Saya yakin kerajaan akan memberi layanan dan jawapan yang adil jika teguran dibuat dengan elok dan tidak ada unsur-unsur yang boleh dilihat sebagai permainan politik,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s