“Makanan tahanan ikut piawaian antarabangsa” Syed Hamid

KL POS

22 Sep 2008 10:19AM

KL: Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar, kesal dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang mendakwa dijamu dengan makanan ‘seperti makanan anjing’ semasa ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau menegaskan makanan yang diberikan kepada wakil rakyat itu sepanjang penahanannya adalah mengikut piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu makanan tersebut sengaja dibesar-besarkan oleh Kok kerana motif politik.

‘Kita mempunyai garis panduan dan piawaian tertentu dalam memberikan makanan kepada tahanan,’ katanya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Syed Hamid berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan yang dikemukakan oleh Kok dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

Jumaat lalu, Kok mendakwa diberi makan ‘seperti makanan anjing’ iaitu dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari.

Menyentuh tentang isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pula, Datuk Seri Syed Hamid berkata tidak ada undang-undang yang dibuat oleh manusia akan kekal selamanya.

Menurutnya, kerajaan akan sentiasa mengkaji sebarang pindaan undang-undang selaras dengan tuntutan perubahan keadaan dan masa.

Tetapi sebelum ini berlaku, rakyat mesti mencintai negara dengan menjamin keamanan dan keselamatan, katanya ketika ditanya mengenai gesaan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Majlis Peguam agar ISA dikaji semula dengan teliti atau dihapuskan sama sekali.

Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam. / Mingguan Malaysia, Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s