Saya perlu masa tubuh parti baru’

UTUSAN MALAYSIA

KOTA KINABALU 22 Sept. – Bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, proses untuk menubuhkan sebuah parti baru memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan dalam waktu yang singkat.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri menjelaskan, pelbagai aspek perlu diteliti terlebih dahulu walaupun cadangan itu semakin menerima maklum balas yang baik daripada para penyokongnya dan bekas ahli SAPP yang lain.

“Kita menerima maklum balas yang baik, kebanyakan bekas ahli SAPP meminta supaya ditubuhkan sebuah parti baru. Setakat ini, cadangan itu disambut baik di peringkat akar umbi.

“Bagaimanapun, jika sebuah parti baru ditubuhkan, parti itu mestilah boleh diterima baik dalam Barisan Nasional (BN) dan bukan sebuah parti komponen yang ditolak BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman untuk membincangkan kedudukannya dalam Kabinet Sabah di Wisma Innoprise di sini hari ini.

Shu Kiah mengulas perkembangan rancangannya dan beberapa bekas pemimpin kanan SAPP termasuk Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Yun Fan yang berhasrat menubuhkan parti baru.

Rancangan itu merupakan salah satu pilihan mereka selain menyertai mana-mana parti komponen BN Sabah, setelah mengambil keputusan keluar SAPP berikutan tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti itu.

Shu Kiah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata, langkah untuk menubuhkan parti yang baru memerlukan pertimbangan yang sewajarnya sebelum sebarang keputusan dibuat.

Berhubung tawaran parti-parti komponen BN Sabah terhadap beliau dan semua bekas ahli SAPP, Shu Kiah berkata, pihaknya menyambut baik semua pelawaan itu dan amat berterima kasih.

“Saya akan pertimbangkan semua pelawaan mereka. Saya ada menemui beberapa pemimpin parti komponen BN menerusi satu perjumpaan dan juga dalam majlis tertentu,” ujarnya.

Berhubung tawaran Parti Demokratik Setia Sehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia) yang sanggup menyerahkan teraju kepimpinan parti kepada beliau sekiranya menyertai Setia, Shu Kiah berkata, perkara tersebut juga akan dipertimbangkan.

Katanya, walaupun tidak pernah berbincang dengan pihak Setia, beliau amat menghargai kepercayaan dan kesediaan parti itu untuk menjadikannya presiden parti tersebut.

Tambahnya, sama ada menubuh parti baru atau menyertai parti komponen BN, perkara itu masih difikirkan tetapi menolak sama sekali pelawaan DAP.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s