Tan wajar dikekal anggota Kabinet Sabah

mStar

KINABATANGAN: Walaupun Parti Maju Sabah (Sapp) telah keluar daripada Barisan Nasional (BN), Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan Shu Kiah wajar dikekalkan dalam kabinet negeri kerana beliau komited dengan perjuangan BN, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Tan, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, masih dianggap sebagai wakil rakyat yang menyokong BN kerana senario serupa pernah berlaku di Sarawak, kata Bung Moktar, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional.

“Asalkan wakil rakyat itu terus menyokong konsep dan prinsip BN, maka saya tidak melihat satu halangan kepada kerajaan negeri untuk mengekalkannya dalam Kabinet negeri,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada balu, fakir miskin dan anak yatim di sini malam tadi.

Pada 17 September lepas, majlis tertinggi SAPP membuat keputusan keluar daripada BN, dan Tan adalah antara beberapa pemimpin yang tidak menyetujuinya.

Ekoran tindakan Sapp itu, Tan semalam menemui Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman untuk mengetahui statusnya dan diberitahu bahawa beliau masih kekal memegang jawatan dalam kabinet negeri. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s