Terpulang kepada PM untuk berundur atau tidak 9 Oktober – Muhyiddin

KL POS

22 Sep 2008 3:27PM

KL: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulanglah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober.

“Kita serahkan kepada Perdana Menteri dan juga Presiden Umno untuk memikirkannya. Saya tidak fikir ada keperluan untuk memberikan tekanan atau memperkatakan lagi mengenainya.

“Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi. Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi),” kata beliau ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengundurkan diri pada 9 Oktober.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Jepun, yang dianjurkan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) di sini hari ini.

“Apa juga kenyataan, Saya fikir ia bukanlah ada kaitan sangat dengan keadaan, ramai yang telah menyuarakan pandangan mereka dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

“Isu pelan peralihan, Saya tidak fikir kita perlu memberikan tekanan kuat kepada sesiapa untuk tujuan ini. Saya fikir, yang paling penting ialah apa yang Datuk Seri Najib (Tun Razak) katakan bahawa keputusan paling penting akan diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat bahagian yang akan bermula Oktober ini,” kata Muhyiddin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut ditanya sama ada isu peralihan kuasa itu akan mempengaruhi anggota Umno dan beliau berkata:

“Saya berpendapat ahli yang ada sekarang ini terdiri daripada mereka yang memahami dan tahu dan mengikuti perkembangan sedekatdekatnya.

Mereka juga mempunyai aspirasi dan citacita, mereka faham apa yang dirasa rakyat secara keseluruhan.

“Mereka tidak terasing daripada apa yang dirasakan oleh masyarakat majmuk. Mereka juga memikirkan tentang parti, soal negara. Apa pun sentimen seperti ini kita tidak boleh memperkecilkan,” katanya. / Bernama

One response to “Terpulang kepada PM untuk berundur atau tidak 9 Oktober – Muhyiddin

  1. Dalam pemilihan 2004, mustahil Muhyiddin boleh menang kerusi Naib Presiden jika tanpa sokongan terbuka (di Parlimen dan Pre-Council Perhimpunan Umno) Pak Lah yang memuji Muhyiddin kerana keikhlasan dan kemampuannya menjadi seorang Menteri yang komited. Jika tidak, bukan sahaja Naib

    Presiden, silap-silap Muhyiddin mengalami sejarah buruknya dalam tahun 1996 – kalah teruk apabila Ucapan Dasar Presiden Umno ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru perwakilan menolak mereka yang ‘mencari sokongan dengan menggunakan wang’ hingga boleh mengadai maruah bangsa dan menjual negara!

    Jom… semak semula Ucapan Dasar Presiden 1996! Semoga Melayu tidak mudah lupa..

    http://raksasabn.blogspot.com/2008/09/abu-zahar-eloklah-cari-cara-lain-balas.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s