UPKO ikrar kekal bersama BN

UTUSAN

TAWAU 22 Sept. – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) menafikan akan mengikut jejak Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menjadi sebuah parti bebas.

Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Ebin berkata, partinya akan terus setia dengan BN dan menolak khabar angin bahawa UPKO adalah parti kedua yang bakal berbuat demikian.

“Kita masih percaya dengan BN dan akan terus bersama BN. UPKO akan terus berjuang membela nasib rakyat secara lantang melalui BN yang kita percaya masih merupakan gabungan yang kuat.

“UPKO akan terus berusaha bersama parti komponen BN lain membela nasib rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Apas di sini semalam.

Rabu lalu, SAPP bertindak keluar daripada BN selepas tiga bulan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan bersedia menyokong undi usul tidak percaya terhadap beliau.

UPKO mempunyai empat kerusi Parlimen iaitu di Ranau, Tuaran, Putatan dan Penampang, manakala enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Moyog, Kuala Penyu, Paginatan, Bingkor, Nabawan dan Kuamut.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata, pandangan bahawa BN tidak lagi relevan sebagai sebuah kerajaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Berhubung keputusan SAPP keluar BN, beliau berkata, tindakan tersebut sememangnya sudah dijangka.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mendapat sokongan penuh ahli SAPP dan sebagai bukti, beberapa pemimpin kanan dan bekas ahli parti itu sudah pun bertindak keluar SAPP.

Katanya, tindakan itu adalah hak mereka walaupun ia mengecewakan parti komponen BN Sabah yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s