Anwar boleh ancam perpaduan

UTUSAN MALAYSIA

KOTA KINABALU 22 Sept. – Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengancam perpaduan rakyat berikutan sikap beliau yang gemar menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan.

Timbalannya, Datuk Bung Moktar Radin berkata, perbuatan Anwar sepatutnya dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

”Beliau sanggup melontarkan pelbagai janji kepada kaum lain jika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan dan ia sesuatu yang mustahil,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini malam tadi.

Bung Moktar berkata, walaupun mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan hak-hak bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu, kaum lain di negara ini tetap diberi perhatian sama-rata oleh kerajaan BN.

”Sehingga sekarang rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, contohnya di Sabah sendiri hidup harmoni dan tidak ada pihak dipinggirkan,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menambah, sentimen perkauman yang digunakan pihak pembangkang sehingga mencetuskan reaksi negatif di kalangan rakyat tidak boleh dibiarkan berterusan begitu sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan beliau meminta rakyat menolak pembohongan Anwar mengenai tarikh 23 September yang didakwa sebagai tarikh baru pembentukan kerajaan impian beliau.

”Rakyat harus fikir secara waras dan membuat pertimbangan wajar bukan dengan emosi.

”Bagaimanapun saya percaya, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menentukan bentuk kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan bukannya melalui cara pembohongan seperti ini,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s