Kes Anwar : Keputusan pindah ke Mahkamah Tinggi 7 Oktober

UTUSAN MALAYSIA

24/09/2008 11:37am

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Mahkamah Sesyen hari ini akan memutuskan pada 7 Oktober ini untuk menentukan sama ada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu dibuat oleh hakim S.M.Komathy Suppiah selepas mendengar bantahan awal pihak pendakwaan dan peguam bela berhubung permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah lebih tinggi.

Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam bela mewakili Anwar membantah permohonan itu dengan alasan sijil yang ditandatangan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dianggap tidak sah.

Dalam prosiding yang berlangsung kira-kira lebih satu jam, keadaan di galeri awam penuh sesak dengan hadirin terdiri daripada petugas media, ahli keluarga Anwar dan penyokongnya.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga ketua pembangkang Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Sementara menunggu perbicaraan Anwar dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000. – Utusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s