NGO gesa Utusan Malaysia saman Teresa Kok

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Utusan Malaysia menyaman Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok kerana membuat pelbagai tuduhan tidak benar terhadap akhbar itu.

Menurut mereka, langkah tersebut wajar kerana tuduhan Ahli Parlimen Seputeh itu bahawa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya pada 19 September lalu adalah serius dan telah menjejaskan kredibiliti akhbar berkenaan.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, pihaknya hairan kerana tuduhan itu hanya ditujukan kepada Utusan Malaysia dan tidak terhadap TV3, portal berita Internet Malaysiakini dan Sin Chew Daily yang turut menyiarkan laporan sama.

‘‘Saya tidak faham kenapa Utusan Malaysia sahaja diserang. Jika Teresa masih enggan memohon maaf, maka pihak akhbar berkenaan berhak menyaman bagi memulihkan imejnya.

‘‘Kita juga sedang meneliti untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap Teresa berikutan pelbagai tuduhannya terhadap kerajaan dan pihak akhbar,” kata Osman kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Teresa semalam yang menafikan pernah mengeluarkan kenyataan ‘teruk… mungkin sama seperti makanan anjing’ bagi merujuk kepada makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Teresa sebaliknya menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataan beliau bagi memburukkan imejnya.

Teresa mendakwa kenyataan sebenar yang dibuatnya ialah ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing.’

Menurut Osman, Teresa perlu sentiasa mematuhi ikrar yang dibuat ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen iaitu untuk sentiasa bercakap benar ketika di dalam dan di luar Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, tindakan menyaman Teresa itu adalah wajar sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya bercakap benar dan tidak mempolitikkan sesuatu isu.

Beliau berkata, ahli-ahli politik perlu berhati-hati membuat tuduhan terhadap akhbar kerana pihak pengurusan syarikat penerbitan itu turut diberi hak oleh undang-undang untuk menyaman balik bagi memulihkan kewibawaan yang tercalar.

‘‘Saya sendiri ada mendengar kenyataan Teresa seperti disiarkan oleh TV3 yang nampaknya bercanggah dengan penafian yang dibuatnya semalam.

‘‘Jika Utusan Malaysia mempunyai fakta yang jelas dan mencukupi bagi membuktikan wujud percanggahan ini, maka ia boleh meneruskan tindakan saman,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Mohd. Jamil Mohd. Hassan berkata, tindakan menyaman ahli politik pembangkang bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sering dilakukan oleh pemimpin kerajaan Singapura.

‘‘Budaya pemimpin di republik berkenaan menyaman ahli politik pembangkang sehingga bankrap boleh dibawa ke Malaysia sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan,” katanya.

Selain pihak akhbar, katanya, kerajaan juga boleh menyaman wakil rakyat pembangkang itu jika benar Teresa menyamakan hidangan dalam penjara seperti makanan anjing kerana ia adalah tidak betul sama sekali.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Norila Daud pula berkata, tuduhan Teresa bahawa Utusan Malaysia telah memutarbelitkan kenyataannya adalah satu penghinaan terhadap profesion kewartawanan.

Beliau berkata, Exco kerajaan Selangor itu tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia seolah-olah menyifatkan para wartawan tidak beretika.

‘‘Saya tidak faham kenapa Teresa menuduh Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya sedangkan laporan sama turut disiarkan oleh pihak media lain.

‘‘Semua pihak harus sedar bahawa akhbar sentiasa memastikan ia mematuhi etika. Penyiaran berita adalah berdasarkan transkrip daripada sidang akhbar dan dalam kes ini, Teresa sendiri yang mengungkapkan kenyataan tersebut,” ujarnya.

Mengulas isu sama, Presiden Penaja Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay menegaskan, kenyataan Teresa dalam media bahawa hidangan yang diberikan kepadanya adalah lebih baik sedikit daripada makanan anjing adalah bertujuan mendapat publisiti murahan.

‘‘Tidak perlu ia dihebohkan melalui media kerana sebagai Ahli Parlimen, beliau boleh membawa perkara ini ke Dewan Rakyat supaya tahanan ISA diberi makanan lebih sempurna,” ujarnya.

5 responses to “NGO gesa Utusan Malaysia saman Teresa Kok

  1. Pingback: Teressa patut dipecat jawatan EXCO Kerajaan Selangor kerana MENIPU « Keris Pusaka Melayu

  2. Pingback: ANWAR IBRAHIM PERLU PECAT JAWATAN EXCO TERESA KERANA MORAL RENDAH DENGAN MENIPU RAKYAT ISU MAKANAN PENJARA « PeNa BiAsA

  3. Pingback: DAP TAKDOK TELOQ « Dari Sudut BlackList

  4. Pingback: DAP TAKDOQ TELOQ « Dari Sudut BlackList

  5. Pingback: DAP TAKDOK TELOQ « Dari Sudut BlackList

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s