Penafian Teresa dikecam

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Beberapa pihak mengecam Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu makanan ketika dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut mereka, Teresa hanya tahu mencari kesalahan orang lain tetapi tidak mahu mengaku kesilapan sendiri.

Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, Teresa kini menyedari bahawa beliau telah tersilap apabila menyamakan telur dengan makanan anjing.

”Apabila dia menyedari kesilapan tersebut, dia mula mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan dan dalam hal ini Utusan Malaysia menjadi mangsa.

”Inilah sikap pembangkang yang tidak pernah meminta maaf sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain dan membangkitkan isu sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Teresa hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya sebenarnya ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau turut menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan ketika ditahan dari 12 hingga 19 September lalu ‘seperti makanan anjing’.

Bagi Razali, Teresa bertindak mengikut suasana iaitu ketika baru keluar dari tahanan beliau dikelilingi pemimpin DAP oleh itu beliau bertindak menghentam kerajaan.

”Namun apabila menyedari melakukan kesilapan dengan menyamakan telur dengan makanan anjing, beliau salahkan pihak lain pula.

”Teresa turut menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan perkara itu sedangkan akhbar itu hanya memetik kenyataannya daripada laman web Malaysiakini,” katanya.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsudin ketika dihubungi pula berkata, Teresa mungkin membuat dakwaan berkenaan dengan niat memburuk-burukkan kerajaan.

”Kemudian apabila kenyataan tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak, beliau cuba berdolak-dalih.

”Dia sebenarnya sengaja ingin mencetuskan isu melalui kenyataan dijamu seperti makanan anjing dan kemudiannya Utusan Malaysia pula dipersalahkan memandangkan akhbar ini adalah media kerajaan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s