Pengasas SAPP keluar parti

UTUSAN MALAYSIA

KOTA KINABALU 23 Sept. – Parti Maju Sabah (SAPP) menerima tamparan hebat apabila seorang pengasas parti itu, Datuk Tham Nyip Shen mengumumkan keluar parti hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Institut Progresif Analisis Polisi Awam (PIPPA) iaitu badan pemikir SAPP memberitahu, mengambil tindakan tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan majlis tertinggi parti itu untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, berikutan keputusan SAPP itu juga, beliau telah menghantar surat meletak jawatan sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

”Saya telah menyerahkan surat keluar daripada SAPP kepada Presiden parti, Datuk Yong Teck Lee pada 18 September lalu iaitu sehari selepas majlis tertinggi parti membuat keputusan.

”Saya tetap dengan pendirian bahawa SAPP mampu memainkan peranan lebih baik bagi membela rakyat dengan berada dalam kerajaan BN yang memerintah hari ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nyip Shen yang juga Ketua Biro Sains dan Teknologi Maklumat SAPP berkata, meskipun BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, namun ia bukan penghalang kepada kerajaan melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

”Saya berasa cukup terkilan dengan keputusan keluar daripada BN,” katanya yang mengasaskan SAPP bersama Teck Lee semasa parti itu keluar daripada Parti Bersatu Sabah pada 1994.

Menurutnya, beliau ada menasihatkan Teck Lee sebelum keputusan majlis tertinggi pada 17 September lalu tetapi jelas pendirian SAPP bertentangan dengan semangat BN.

Menjawab sama ada akan menyertai mana-mana parti, Nyip Sen berkata, pada masa ini beliau belum memutuskan mengenai perkara itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s