Polis wajar ambil tindakan – Tajuddin

UTUSAN MALAYSIA

KAMPUNG GAJAH 22 Sept. – Pihak polis perlu mengambil tindakan undang-undang sewajarnya ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa makanan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti makanan anjing.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan wakil rakyat pembangkang itu jelas satu penghinaan yang menjejaskan kredibiliti polis di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa.

”Dakwaan itu tidak betul sebab saya sendiri pun makan makanan yang sama semasa ditahan ISA selama 60 hari pada 1987.

”Saya ditahan lebih lama berbanding dia (Teresa) yang cuma lapan hari. Kalau diberi makanan macam anjing sudah tentu saya mati kebuluran. Jadi dakwaan dia tidak betul.

”Teresa Kok ini daripada parti pembangkang sebab itu dia buat cerita macam ini untuk memburuk-burukkan kerajaan. Selama ini pun perangainya memang macam itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada fakir miskin di Masjid Sultan Azlan Shah di sini malam tadi.

Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kinrara yang ditahan ISA selama lapan hari dari 12 hingga 19 September mengeluarkan kenyataan itu pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya, sejurus dibebaskan daripada tahanan.

Dakwaan Teresa bahawa dia dijamu ‘seperti makanan anjing’ iaitu dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari itu disiarkan dalam laman web Malaysiakini.

Hari ini, wakil rakyat DAP itu bagaimanapun menafikan pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya sekadar mendakwa makanan semasa dalam tahanan ISA ‘baik sedikit daripada makanan anjing’.

Dalam hal ini, Tajuddin berkata, polis sepatutnya mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli politik tersebut yang telah memburuk-burukkan imej dan kredibiliti pasukan keselamatan berkenaan.

”Antara tindakan yang wajar diambil oleh polis adalah seperti menyaman, menahan semula atau apa-apa sahaja tindakan yang wajar bagi memulihkan kembali maruah pihak polis.

”Kita tidak boleh terima orang seperti Teresa yang nampaknya membuat dakwaan dengan sesuka hati dan tidak berasas terhadap pasukan polis,” ujar beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s