Sin Chew turut lapor perkara sama

UTUSAN MALAYSIA

KENYATAAN Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyamakan makanan yang diberikan kepadanya semasa dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan ‘makanan anjing’ turut dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily.

Berikut ialah terjemahan berita yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina itu pada 20 September lalu. Terjemahan oleh LIAU PEI WEN.

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok berkata, dia tidak berasa sedih kerana terpaksa menyambut perayaan Kuih Bulan seorang diri di lokap ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Teresa yang juga ahli Exco kerajaan Selangor bagaimanapun berkata, dia berasa sedih kerana orang yang menyayanginya di luar bimbang akan keadaannya di lokap pada waktu itu.

“Saya tidur di atas katil kayu pada hari pertama ketika ditahan di lokap dan hanya diberi selimut pada hari kedua,” kata Teresa.

Sehari sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh berkenaan mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan polis.

Dalam kenyataannya itu, Teresa berkata, polis di lokap melayannya dengan sopan dan tidak menggunakan kekerasan ke atas dirinya.

“Bagaimanapun, makanan di lokap sama seperti ‘makanan anjing’ dan salah satu hidangan makanan tengah hari dan malam saya ialah dua biji telur rebus, beberapa keping timun serta satu mangkuk besar nasi putih,” jelasnya.

Teresa memberitahu, dia mengalami masalah cirit-birit pada hari pertama ditahan di lokap dan doktor memberinya ubat pada keesokan harinya.

“Setiap hari, saya perlu berjumpa dengan pegawai lokap dan pada waktu itulah saya berpeluang keluar dari bilik tahanan 6 x 8 kaki, menghirup udara segar dan menikmati kenyamanan pendingin hawa,” katanya.

Menurut Teresa, dia membuat permintaan untuk menggunakan komputer riba dan menaip dalam bahasa Melayu bagi menjawab pertanyaan pegawai lokap.

“Kehidupan saya di lokap sangat bosan dan saya hanya berpeluang membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan dunia luar setelah membuat permintaan berkali-kali.

“Saya sering dibawa ke balai polis Jalan Ipoh dan Pudu sewaktu ditahan, malah lokap di sana sangat panas,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak terserempak dengan blogger Raja Petra Kamarudin dalam tempoh tujuh hari ditahan.

Dalam pada itu, Teresa juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang sanggup meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menahan beberapa individu di bawah ISA.

Sambil menggambarkan Zaid sebagai ‘rakan baiknya’, Teresa juga berharap Zaid akan menyertai pakatan pembangkang dan menjadi sebahagian daripada ahli mereka.

One response to “Sin Chew turut lapor perkara sama

  1. KLIK SINI JIKA NAK SAHIHKAN SUARA TERESSA SEBUT APA SEMASA SIDANG MEDIA.

    JELAS ‘MAKANAN ANJING’ DAN DITERJEMAHKAN SEBAGAI ‘MAKANAN ANJING’

    BUKA LINK DI BAWAH RAKAMAN BULETIN UTAMA 19 SEPTEMBER 2008…

    http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=190&ShowID=231&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=20556&VoteValue=3&VideoID=18019#videovote

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s