Terpaksa makan guna tangan

UTUSAN


KOTA BHARU 22 Sept. – Punca utama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menyifatkan makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti makanan anjing ialah kerana terpaksa makan menggunakan tangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar (gambar) merumuskan demikian setelah dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen itu terpaksa menggunakan tangannya selepas permintaannya untuk mendapatkan sudu, garpu dan penyepit tidak dibenarkan oleh pengurusan penjara.

Menurut beliau, pengurusan lokap dan penjara di negara ini mengikut standard yang menepati piawaian antarabangsa iaitu tahanan tidak akan diberikan alatan itu atas alasan keselamatan.

“Apabila kena makan dengan tangan, tidak menyamakan makanan itu dengan makanan anjing kerana anjing tidak makan telur dan roti. Orang Melayu pun makan dengan tangan, apa masalah dia ni.

“Kita melayan manusia sebagai manusia dan tidak pernah sebaliknya sebelum ini, dan ia adalah menepati prosedur standard operasi (SOP) antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa dengan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan di sini.

Syed Hamid mengulas kenyataan Teresa yang mendakwa makanan yang diberikan kepadanya semasa berada dalam tahanan ISA adalah ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Teresa hari ini dilaporkan menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu ‘seperti makanan anjing’.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini.

Syed Hamid berkata, jika Teresa mempertikaikan akhbar Utusan Malaysia maka beliau sepatutnya mencari maklumat mengenainya daripada akhbar itu.

“Saya fikir pihak akhbar jika dia melaporkan sesuatu mereka mempunyai sumbernya yang boleh dipercayai, lagi pun kenyataannya (makanan anjing) dulu telah keluar dalam televisyen dan semua orang telah mendengar dan menyaksikannya,” katanya.

Beliau menyifatkan Teresa seperti manusia talam dua muka kerana semasa dibebaskan daripada ISA, dia telah memuji polis yang memberikan layanan baik terhadapnya.

“Satu hari dia cakap benda lain, hari lain pula cakap benda lain, apabila berjumpa dengan ketua dia cakap benda lain pula, apa yang penting polis telah jalankan tugas dengan betul dan sempurna.

“Usah memperbesarkan benda ini kerana dia dah cakap dalam televisyen, semua orang dengar dan boleh nilainya sendiri,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s