Transkrip penuh sidang akhbar Teresa Kok semalam

UTUSAN MALAYSIA

SAYA cakap dalam PC (sidang akhbar) itu bila wartawan tanya saya macam mana layanan saya di lokap di pusat tahanan. Saya cakap, bilik kecil 6×8 kaki dan saya kata, “aiya, makanan tidak sedap slightly better than dog food. Utusan tulis ‘makanan anjing’… sekali lagi putar belit kenyataan saya lagi… ini description sahaja.

Saya setuju dengan pandangan T. Murugiah, saya dianggap political prisioner, saya bukan penjenayah, saya masuk kerana politik… jadi layanan saya tidak patut diletakkan ke dalam bilik persendirian yang hanya untuk penjenayah… saya ini tak lakukan jenayah.

Kalau nak saya ingat apa menu yang saya dapat sekarang ini memang saya tak dapat ingat kerana memang saya tidak ada intention highlights isu ini. Saya diberikan ini dalam tujuh hari itu, saya hanya diberikan daging ayam sekali sahaja dan dua hari ikan kembung tengah hari dan malam lepas tu dengan kuah dan nasi.

Sama ada makanan sedap atau tidak bergantung bagaimana ia dimasak bagaimanapun ia lebih decent daripada apa yang dibekalkan.

Sepatutnya ada balance diet, should have vegetable, daging atau normal meal sebab saya bukan penjenayah.

Saya rasa saya tidak dapat nutrisi daripada makanan tersebut kerana saya cakap dengan doktor dan bagi pil vitamin C, B kompleks sebagai suplemen.

Saya jumpa doktor dua kali. Doktor tersebut daripada General Hospital. Saya juga tak ada lebam dan saya tak salahkan polis.

Keadaan saya sihat tetapi ada satu hari saya cirit-birit dan doktor bagi pil charcoal.

Sebagai ahli politik, saya kerja dari pagi dan malam termasuklah sebagai aktivis, jadi siapa boleh sesuaikan diri dalam bilik 6×8 kaki ini. Saya tidak dibenarkan keluar dari bilik kecuali apabila pegawai penyiasat panggil saya… makanan pun teruk.

Saya tak besarkan isu ini tapi bila Murugiah tunjuk keprihatinannya, ini tujuan baik untuk baiki keadaan kalau ISA terus digunakan, yang masuk akan datang mereka mungkin dapat layanan yang lebih baik sedikit.

Tetapi isu ini dimainkan oleh Utusan Malaysia sekali lagi dan memutarbelitkan kenyataan saya. Saya amat sedih, sekali lagi mereka mahu memburukkan imej saya lagi.

2 responses to “Transkrip penuh sidang akhbar Teresa Kok semalam

  1. Penafian Teresa dikecam

    Oleh Rohani Ibrahim

    KUALA LUMPUR 22 Sept. – Beberapa pihak mengecam Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu makanan ketika dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Menurut mereka, Teresa hanya tahu mencari kesalahan orang lain tetapi tidak mahu mengaku kesilapan sendiri.

    Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, Teresa kini menyedari bahawa beliau telah tersilap apabila menyamakan telur dengan makanan anjing.

    ”Apabila dia menyedari kesilapan tersebut, dia mula mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan dan dalam hal ini Utusan Malaysia menjadi mangsa.

    ”Inilah sikap pembangkang yang tidak pernah meminta maaf sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain dan membangkitkan isu sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Teresa hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya sebenarnya ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

    Beliau turut menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan ketika ditahan dari 12 hingga 19 September lalu ‘seperti makanan anjing’.

    Bagi Razali, Teresa bertindak mengikut suasana iaitu ketika baru keluar dari tahanan beliau dikelilingi pemimpin DAP oleh itu beliau bertindak menghentam kerajaan.

    ”Namun apabila menyedari melakukan kesilapan dengan menyamakan telur dengan makanan anjing, beliau salahkan pihak lain pula.

    ”Teresa turut menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan perkara itu sedangkan akhbar itu hanya memetik kenyataannya daripada laman web Malaysiakini,” katanya.

    Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsudin ketika dihubungi pula berkata, Teresa mungkin membuat dakwaan berkenaan dengan niat memburuk-burukkan kerajaan.

    ”Kemudian apabila kenyataan tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak, beliau cuba berdolak-dalih.

    ”Dia sebenarnya sengaja ingin mencetuskan isu melalui kenyataan dijamu seperti makanan anjing dan kemudiannya Utusan Malaysia pula dipersalahkan memandangkan akhbar ini adalah media kerajaan,” katanya.

  2. Terpaksa makan guna tangan

    Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

    KOTA BHARU 22 Sept. – Punca utama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menyifatkan makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti makanan anjing ialah kerana terpaksa makan menggunakan tangan.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar (gambar) merumuskan demikian setelah dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen itu terpaksa menggunakan tangannya selepas permintaannya untuk mendapatkan sudu, garpu dan penyepit tidak dibenarkan oleh pengurusan penjara.

    Menurut beliau, pengurusan lokap dan penjara di negara ini mengikut standard yang menepati piawaian antarabangsa iaitu tahanan tidak akan diberikan alatan itu atas alasan keselamatan.

    “Apabila kena makan dengan tangan, tidak menyamakan makanan itu dengan makanan anjing kerana anjing tidak makan telur dan roti. Orang Melayu pun makan dengan tangan, apa masalah dia ni.

    “Kita melayan manusia sebagai manusia dan tidak pernah sebaliknya sebelum ini, dan ia adalah menepati prosedur standard operasi (SOP) antarabangsa,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa dengan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan di sini.

    Syed Hamid mengulas kenyataan Teresa yang mendakwa makanan yang diberikan kepadanya semasa berada dalam tahanan ISA adalah ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

    Teresa hari ini dilaporkan menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu ‘seperti makanan anjing’.

    Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

    Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini.

    Syed Hamid berkata, jika Teresa mempertikaikan akhbar Utusan Malaysia maka beliau sepatutnya mencari maklumat mengenainya daripada akhbar itu.

    “Saya fikir pihak akhbar jika dia melaporkan sesuatu mereka mempunyai sumbernya yang boleh dipercayai, lagi pun kenyataannya (makanan anjing) dulu telah keluar dalam televisyen dan semua orang telah mendengar dan menyaksikannya,” katanya.

    Beliau menyifatkan Teresa seperti manusia talam dua muka kerana semasa dibebaskan daripada ISA, dia telah memuji polis yang memberikan layanan baik terhadapnya.

    “Satu hari dia cakap benda lain, hari lain pula cakap benda lain, apabila berjumpa dengan ketua dia cakap benda lain pula, apa yang penting polis telah jalankan tugas dengan betul dan sempurna.

    “Usah memperbesarkan benda ini kerana dia dah cakap dalam televisyen, semua orang dengar dan boleh nilainya sendiri,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s