Harga minyak turun lagi 10 sen

MALAYSIAKINI

Sep 24, 08 2:44pm

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

abdullah sapp bn supreme council 190608Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,  ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Harga-harga berkenaan, tambah beliau, ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22 September lalu.

Abdullah berkata, untuk tempoh sebulan terakhir ini, harga minyak dunia telah mengalami turun naik yang ketara.

“Namun secara purata, ia telah menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya. Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama.

“Oleh itu, mengaplikasikan formula yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit sebelum ini, pengurangan sebanyak 10 sen ini merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan oleh Kerajaan.

“Pelarasan harga minyak ini juga merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen.

Sehubungan, perdana berkata, kerajaan berharap penurunan harga minyak yang berkuatkuasa esok, akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut hari raya Aidilfitri.

bm version fuel petrol diesel price hike reduction 240908

One response to “Harga minyak turun lagi 10 sen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s