Kenapa perlu panggil AFP? – Mohamad Hasan

UTUSAN MALAYSIA

SEREMBAN 24 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyelar tindakan pakatan pembangkang yang tidak habis-habis membuat kenyataan kepada media asing berhubung usaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Menurutnya, tindakan itu jelas menunjukkan pembangkang khususnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan agensi berita asing untuk menggembar-gemburkan ‘kejayaan’ memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti.

“Kenapa perlu panggil AFP… panggillah Utusan Malaysia kalau berani. Dia (Anwar) hendak tubuhkan kerajaan, kenapa jauh sangat hendak buat kenyataan dengan agensi berita luar? Panggil sahaja media di Malaysia. Ini semua mengarut,” tegasnya.

Bagi Mohamad, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pembangkang berhubung pembentukan kerajaan sebenarnya hanya serangan psikologi untuk meyakinkan pengikutnya sendiri.

“Dia sudah terpaksa membuat pembohongan demi pembohongan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini yang menyifatkan laporan agensi berita AFP bahawa perundingan sedang dibuat antara wakil pembangkang dan kerajaan mengenai peralihan kuasa sebagai ‘laporan paling gila’ yang pernah didengarnya setakat ini.

Mohamad berkata, tindakan parti pembangkang hanya ‘wayang’ yang bertujuan memperbodoh-bodohkan rakyat.

“Saya yakin dia (Anwar) tidak ada nama oleh sebab itu banyak helah digunakan termasuklah undi tidak percaya,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s