Pemimpin BN bidas Tian Chua

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada pemimpin tertingginya amat tidak bertanggungjawab dan satu lagi usaha memperbodohkan rakyat.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata, perbuatan Tian Chua itu adalah suatu pembohongan yang dilakukan untuk mengelirukan orang ramai.

‘‘Tian Chua berbohong kerana ketuanya sendiri juga menafikan kenyataan itu.

‘‘Orang bawahan mereka cerita, tetapi pihak atasan langsung tidak tahu mengenainya. Ini tidak patut berlaku,’’ jelasnya.

Beliau berucap demikian bagi mengulas laporan AFP yang mendakwa Tian Chua berkata, pakatan pembangkang telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa selepas mendapat sokongan mencukupi daripada ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.

Tee Keat berkata, perbuatan itu adalah tindakan peribadi Tian Chua dan tidak berkaitan dengan muslihat lain.

Ketika ditanya adakah beliau berpendapat bahawa PKR harus mengambil tindakan terhadap Tian Chua akibat kenyataannya itu, Menteri Pengangkutan itu berkata, terpulang kepada PKR menentukannya.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula berkata, perkara tersebut menunjukkan pemimpin parti itu tidak mengawal tindak laku orang bawahannya sehingga mengeluarkan kenyataan tanpa diketahui pemimpin.

‘‘Semua orang membuat kenyataan sendiri. Sebenarnya ia adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

‘‘Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum, mereka sepatutnya memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, bukannya menimbulkan lebih banyak masalah lagi yang memudaratkan orang ramai,’’ katanya.

Tambah beliau, terlalu banyak kenyataan tentang pembentukan kerajaan baru telah dibuat dan orang ramai sudah tidak percaya lagi terhadap kenyataan-kenyataan itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s