Perlu minta maaf kepada kerajaan

UTUSAN MALAYSIA

MELAKA 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak agar meminta maaf kepada kerajaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina dengan mengatakan beliau dijamu ‘sama seperti makanan anjing’ ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kenyataan beliau yang dibuat pada 19 September itu jelas sekali satu kenyataan biadap bertujuan menjejaskan nama baik kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

”Pihak pusat tahanan ISA (Kementerian Dalam Negeri) juga patut mengemukakan saman malu ke atas Teresa atas kenyataan yang biadap ini.

”Alasan bahawa beliau dalam keadaan letih ketika membuat kenyataan itu juga tidak boleh diterima. Teresa Kok tidak boleh lepas begitu sahaja,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, pakatan pembangkang juga sepatutnya mengambil tindakan memecat Teresa sebagai ahli jika parti itu benar-benar bertanggungjawab memandangkan kenyataan tersebut telah menjejaskan nama baik negara.

Pada 19 September lalu, Teresa mendakwa kononnya beliau dijamu ‘sama seperti makanan anjing’ sewaktu dalam lokap ISA.

Bagaimanapun, beliau menyalahkan Utusan Malaysia kerana memutarbelitkan kenyataan tersebut sedangkan ia turut disiarkan oleh TV3 dan Malaysiakini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s