Saman: Teresa cabar Utusan

UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 24 Sept. – Exco kerajaan Selangor, Teresa Kok terus mendakwa dirinya tidak pernah melakukan kesalahan terhadap Utusan Malaysia, sebaliknya mencabar akhbar itu menyamannya jika ia mempunyai bukti untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak sedikit pun berasa gentar kerana beranggapan akhbar berkenaan tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

“Kalau mereka (Utusan Malaysia) ada kes, samanlah tapi berdasarkan apa?

“Berdasarkan perkara yang tidak dibuat… yang saya tidak buat langsung,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Utusan Malaysia menyamannya kerana membuat pelbagai tuduhan tidak benar terhadap akhbar itu.

Menurut para pemimpin berkenaan, langkah tersebut wajar kerana tuduhan Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu bahawa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya pada 19 September lalu adalah serius dan telah menjejaskan kredibiliti akhbar berkenaan.

Teresa memberitahu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan pihak-pihak lain yang menyebabkannya ditahan di bawah ISA pada 12 September lalu.

One response to “Saman: Teresa cabar Utusan

  1. Inilah implikasinya bila kita membuat suatu tanpa berfikir tahap sensitiviti suatu perkara
    tersebut.Bila nak buat tak berbincang buat dengan melulu,buat ikut naluri sendiri.Buat ikut emosi sendiri.Sekarang perkara kecik dah menjadi besar dan dah menjadi masalah negara.
    Perbelanjaan pengendalian kes kes begini sangat membuang masa dan wang kerajaan.
    Masa dan perbelanjaan tersebut yang sepatutnya di guna untuk pembangunandemi memertabatkan negara di mata dunia telah mencemar negara ini dengan dinobat sebagai negara bermasaalah.Bila semua ini harus berhenti.Masing masinh hendak menegak benang yang basah.Masing masing nak menang.Cuba fikirkan bagaimana perkara ini harus
    di selesai.Sebelum perkara tersebut berlaku apa kah punca nya,tentu ada akar umbinya yang menyebapkan ianya berlaku.Misalnya Perobohan kuil tersebut……..asas kuil tersebut adakah kebenaran atau permit di beri untuk pembinaan kuil itu di tapak tersebut….kalau tiada pun harus kah pihak berwajib merobohnya tanpa notis kepada
    panganut2 berkenaan.This is isolated small incident yang boleh di atur dan di selesai di peringkat tersebut.Tak payahlah nak gembar gemburkan segala galanya di seluruh dunia.Kita ada ketertiban orang malaysia kita.Mengapa kita harus war warkan kesah dalaman kita kepada dunia luar.Ini saolah olah macam pergaduhan anak anak kecil.Mahukah kita di gelar orang luar anak anak kecil.Tak mahu kan? Malu Kan?Transaparensi bukan semestinya kita boleh buat apa saja.Kita suka mungkin orang lain tak suka.Fasal ISA ,ia masih di perlukan.Kita tidak mahu segelintir warga
    yang manangguk dia air yang keroh.Kita tak perlu takut kepada ISA kalau kita tak buat
    kacau,kalau kita tak timbulkan huru hara,kalau kita tak instigate rakyat untuk membuat sesuatu yang li luar tabii ketertiban negara kita.Suatu yang akan mungkin mencabul kedaulatan negara kita.Sesuatu yang mungkin akan menjadi subversif yang mungkin akan mengundang orang luar masuk campur dalam hal dalaman negara kita.Kita tidak mahu itu berlaku.Opposition oppositionlah tapi hanyalah waktu pilihan raya saja.Sekarang dah terpilih pun ,buatlah kerja dan tanggunjawab yang telah di berimandat oleh rakyat.Jangan buang masa berlegar dalam newspapers,internet dan sebagainya.Kita sebagai rakyat Malaysia yang cinta kepada negara ini masing masing ada tanggungjawab.Kalau tak ada tanggungjawab itu bukan rakyat malaysia.Orang asing bekerja di sini pun ada tanggungjawab kepada negara kita.Apakah penglibatan kita tentang tanggungjawab kita kurang daripada mereka?Mdereka membantu penumbuhan ekonomi dan pembangunan kita dengan bekerja di negara kita.Apa kah
    contribution kita kepada negara kita? hanya berlega di internet,newspapers etc.Itu bukan tanggungjawab kita.Itu menghasut namanya.Semua rakyat islam,Apa hukum menghasut?Semua orang tahu kan…Taubatlah.semua orang bertaubatlah.Di hari baik bulan baik ini, sempena bulan Ramadan dan HariRaya Aidilfitri semualah bertaubat Islam kah tak Islam kah.Malulah dengan dunia luar.Sudahlah bersikap keanakanakan ini.
    Tengok di USA kriisis Ekonomi..semua mereka bersatu untuk mengebalipulihkan ekonomi kita.Kita di gerumuni oleh barangan mahal,minyak mahal dan sebagainya,mengapa tidak semua orang bersatu untuk mengembeling tenaga untuk
    menangani masaalah ini yang sangat sangat di rasai oleh rakyat yang berpendapatan rendah.Orang kaya dan berada tak langsung merasanya.Ini dia issu yang perlu di tangani.Bukan isu berebut kuasa, bukan isu agama, bukan isu kaum…semua ini akan menghancurkan kita..Grow up Malaysian, Grow up.The fate of our future generation is in our hands………………………..Benar Allah menentukannya.Kita yang merancang,INGAT.Wassallam.MINTA AMPUN DAN MAAF JIKA TERKASAR BAHASA>

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s