UMNO Seputeh buat laporan polis terhadap Teresa

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Satu laporan polis dibuat terhadap Ali Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini berhubung kenyataannya bahawa makanan yang diberi ‘sama seperti makanan anjing’ ketika dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Naib pengerusi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Alawi Dahalin yang membuat laporan itu di Balai Polis Brickfields pukul 4.30 petang menegaskan, Teresa tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia menghina banyak pihak.

Malah katanya, UMNO bahagian tersebut berpendapat kenyataan itu bukan saja menghina polis, malah golongan yang kurang berkemampuan.

“Apakah makan telur rebus begitu hina sekali, sedangkan kita tahu itulah makanan orang-orang susah malah kita semua juga tidak ada masalah makan telur,” katanya yang ditemui pemberita selepas membuat laporan tersebut.

Menurut Alawi, beliau percaya Teresa sengaja memperbesarkan isu hidangan makanan semasa dalam tahanan ISA.

“Beliau ialah wakil rakyat yang dipilih, tidak wajar berbuat demikian dan kami minta supaya Teresa diambil tindakan agar kenyataan itu tidak berulang lagi,” jelasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s