Tukar k’jaan: Hanya Anwar boleh buat kenyataan

MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Sep 25, 08 1:11pm
Atas alasan strategi, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR malam tadi memutuskan bahawa hanya penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh membuat kenyataan mengenai usaha pembentukan kerajaan baru.

anwar ibrahim 02 060207Selain beliau, hanya individu yang mendapat kebenaran parti dan Anwar yang dibenar mengeluarkan kenyataan mengenainya, demikian menurut sumber-sumber yang hadir dalam pertemuan tersebut.

“Sebarang kenyataan hanya akan mengganggu proses (tersebut).

“Sepatutnya sebelum dibuat, hendaklah berbincang dengan Anwar, hanya beliau yang tahu apa ceritanya,” kata sumber-sumber itu ketika ditanya mengenai mesyuarat tergempar itu yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Selain anggota-anggota MPT, beberapa ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, turut dijemput menghadirinya.

tian chua 03Dalam mesyuarat itu juga, ketua penerangannya Tian Chua turut ditegur oleh Anwar kerana memberikan kenyatakaan kepada media tanpa merujuk kepimpinan parti terlebih dahulu.

Kelmarin, Tian Chua dilaporkan berkata, Pakatan Rakyat telah mula berunding dengan kerajaan berhubung penggantian kerajaan BN.

Tian juga dilaporkan berkata bahawa hubungan awal itu dibuat melalui “orang tengah” gabungan pembangkang dengan orang tengah perdana menteri.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari yang sama dan menyifatkannya sebagai “laporan yang paling gila” pernah didengarnya.

Anwar juga menafikan wujud rundingan seumpama itu.

Malaysiakini difahamkan pertemuan yang dimaksudkan Tian, juga ahli parlimen Batu, itu “memang wujud” tetapi tidak wajar didedahkan kepada umum.

Selain Tian, ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa juga mengeluarkan kenyataan yang menambahkan kekeliruan berhubung projek pembangkang menumbangkan kerajaan BN.

Beliau menyatakan surat rasmi telah diutuskan kepada Istana Negara untuk membolehkan pemimpin-pemimpin Pakatan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun sekretariat Pakatan kelmarin menafikan surat itu telah dikirimkan kepada istana.

2 responses to “Tukar k’jaan: Hanya Anwar boleh buat kenyataan

  1. Tian Chua Pula Silap Buat Kenyataan
    (Gambar: Anwar tegur Tian Chua dalam satu laporan Malaysiakini pada 25 September 2008). Selepas Teresa Kok kena chekmate, Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) pula tersasul mengeluarkan kenyataan. Pada 24 September 2008, dalam satu kenyataan media, Tian Chua menyatakan bahawa pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat akan terlaksana pada 1 Oktober 2008 (Hari Raya Aidilfitri).

    Dalam satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), PKR pada malam 24 September 2008, Tian Chua ditegur oleh Anwar kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti sebelum membuat kenyataan. Tian Chua menyatakan ada rundingan diadakan bersama “orang tengah” Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan, tetapi Anwar dan Perdana Menteri nafikan wujudnya rundingan terbabit. Ternyata kenyataan tentang rundingan tersebut hanyalah helah dan psywar Tian Chua semata mata.

    Ternyata, tarikh 1 Oktober 2008 juga hanyalah tarikh rekaan Tian Chua sendiri. Padahal Tian Chua sewaktu pulang bersama 4 orang lagi delegasi memujuk PKR ke Taiwan begitu yakin sekali usaha melompat akan berjaya. Kemudian pada 16 September, segalanya yang disebut oleh Tian Chua tidak menjadi kenyataan. Ini menunjukkan Tian Chua gagal di Taiwan.
    Dalam Malaysiakini, 25 September 2008 (gambar), Tian Chua sekali lagi memberikan kenyataan media bagi pihak PKR. Menurutnya, PKR menyifatkan pengumuman kerajaan menurunkan harga runcit minyak sebanyak 10 sen sebagai satu keputusan yang didasari motif politik semata-mata. “Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini gagal untuk mengambil kira aspek mekanisme pasaran dan kepentingan rakyat. Sebaliknya, kata Tian, ia merugikan peruncit minyak dan pengeluar produk bahan bakar tersebut.” kata Tian Chua.

    Apakah tindakan Anwar Ibrahim menjanjikan harga minyak turun 50 sen ketika berdebat dengan Ahmad Sabry Chek juga tidak bermotif politik? Sekarang sudah turun 25 sen berbanding harga pada perdebatan iaitu RM2.70 sen. Wajarkah Tian Chua berkata ianya merugikan peruncit minyak dan pengeluar produk bahan bakar?.

    Kenyatan Tian Chua bahawa turun 10 sen adalah merugikan peruncit minyak amat mengelirukan. Sewajarnya bila minyak sudah turun, kita bersama-sama mendesak peniaga menurunkan harga barang. Termasuklah harga tiket bas. Mengapa perlu tiket bas naik sedangkan mereka dapat fleet card dan kadar tol yang berlainan? Bila minyak naik, ramai yang menangguk di air keruh. Bila minyak turun, semua fikirkan hendak untung lebih lagi. Hendak marah pada siapa kalau harga barang tidak mahu turun? Kerajaan atau peniaga?

    AZRINIZAM IBRAHIM
    Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
    Posted by azrinizam at 4:22 AM 1 comments

    Thursday, September 25, 2008
    Akhirnya Teresa Kok Mengaku Juga
    (Gambar: Utusan Malaysia, 25 September 2008). Akhirnya Teresa mengalah dan mengakui kesilapan sendiri. Pada 24 September, dalam satu forum ISA anjuran DAP, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan semasa dalam tahanan ISA.

    Pada 19 September lalu Teresa mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing. “Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” kata Teresa Kok. Apakah Teresa tidak sedar semasa membuat kenyataan? Hingga perlu disedarkan oleh orang lain bahawa kenyataannya bercanggah?

    Teresa menyatakan dia “tersilap membuat kenyataan” kerana keletihan. Mungkin sebab keletihan juga, Teresa terlupa apakah menu terakhir makan malam, sebelum dia dibebaskan. Jika keletihan, tenangkan dulu fikiran. Jangan buat tuduhan yang melulu dengan sewenang wenangnya. Kes ini menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka-mereka yang enggan mengaku kesilapan sendiri.

    Menurut Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), tarikh baru pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat telah ditukarkan kepada 1 Oktober 2008. Tukar kerajaan ketika umat Islam berhari raya Aidilfitri? Sesudah 16 dan 23 September tinggal angan-angan, ada pula kenyataan baru untuk terus mengelirukan rakyat. Bilakah Anwar Ibrahim hendak mengaku kenyataan 16 September yang dibuatnya adalah silap?

    AZRINIZAM IBRAHIM
    Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

    http://anginperubahan.blogspot.com/

  2. Salam ,

    Apa sudah jadi DSAI ?
    Cakap dah putar belit ?
    Tu lah banyak sangat kawan dengan Nalakaruppan ?
    Wahai Teressa kenapa tak puasa je masa dalam jel ?
    Pas tu nak komplen makanana macam makanan anjing . kalau anjing makan fiskies bukan ke makanan tu mahal . paling kurang RM5.00 setengah kilo .
    OKlah tu..
    Hahhaha

    Gua sookong GPMM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s