DBP: Sedekah seks tidak sesuai diungkap

 UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan mungkin akan berlaku kepada istilah dalam bidang tertentu, bukan kepada perkataan yang sering digunakan, kata Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarul Zaman Shaharudin.

Ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata perkataan ‘seks’ adalah contoh bahasa yang mudah diungkap dan bukan merupakan bahasa teknikal seperti yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat atau bidang-bidang lain.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak Zulkifli Ibrahim yang mempertahankan kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu ‘kesilapan bahasa yang tidak disengajakan.’

Baru-baru ini Zul Hassan dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar bahawa ‘seks seperti menerima sedekah’ dan mendakwa dia melakukannya dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ketika ditanya sama ada kenyataan itu tidak disengajakan, Kamarul Zaman berkata, “Pada saya itu bukan kesilapan bahasa sebab itu bahasa yang mudah.

”Mesti dia tahu apa yang dia sebutkan. Kecuali kalau itu perkataan teknikal, mungkinlah… boleh salah.”

Katanya perkataan sedekah itu diketahui umum sebagai suatu perkara yang baik (mulia) dan berharap pihak-pihak tertentu tidak menyalahgunakan perkataan itu.

“Pihak berkenaan mungkin mencari sebab untuk mempertahankan diri (dengan kenyataan itu),” kata Kamarul Zaman.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s