MPAJ roboh kuil, MP Kapar sah mahu leta jawatan PKR Selangor

 mstar

 

Dikemas kini PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan yang beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan Timbalan Badan Perhubungan PKR Selangor ekoran tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)merobohkan sebuah kuil bulan ini.

 

Wakil rakyat itu berkata, beliau telah membuat pendirian untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut jika pucuk kepimpinan negeri gagal menangani isu berkenaan.

 

Bagaimanapun Manikavasagam berkata, beliau belum lagi menyerahkan surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, sebaliknya mahu memberi masa kepada Pengerusi PKR negeri itu mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai kanan MPAJ.

 

Selain itu beliau mahu kuil berkenaan dibina semula.

 

“Saya akan tunggu, saya akan tunggu… saya hendak melihat apa tindakan Menteri Besar ke atas MPAJ. Lepas itu saya akan muktamadkan keputusan saya,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

 

Mengenai tempoh yang akan diberikan, Manikavasagam berkata, “kita tunggu sehingga selepas sambutan Aidilfitri ini, mungkin minggu depan.”

 

“Tak perlu tunggu sebulan…,” katanya.

 

Manikavasagam mengakui bahawa masyarakat India kini marah dengan tindakan MPAJ merobohkan kuil berkenaan di sebalik janji kerajaan Pakatan Rakyat.

 

“Selain merobohkan kuil itu, kami difahamkan notis untuk merobohkan beberapa kuil sudah dikeluarkan.

 

“Apa yang kami hairan ialah tindakan MPAJ diambil tanpa pengetahuan Majlis Kerajaan Negeri sedangkan surat pekeliling sudah dikeluarkan bahawa jika ada kuil atau rumah ibadat hendak dirobohkan perlu dimaklumkan kepada Exco terlebih dahulu,” katanya.

 

Sehubungan itu, kata Manikavasagam, beliau mahu tindakan diambil ke atas Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Pengarah Penguat Kuasa MPAJ kerana ingkari arahan kerajaan negeri.

 

“Jika tidak saya akan letak jawatan (sebagai Timbalan Pengerusi PKR).

 

“Saya sebagai Timbalan Pengerusi PKR, yang turut bertanggungjawab atas hal ehwal masyarakat India, berhadapan dengan situasi masyarakat India marah dengan tindakan MPAJ, kerana sebelum ini kerajaan negeri sudah berjanji tidak akan merobohkan rumah ibadat,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun beliau belum menemui Menteri Selangor sehingga petang ini.

 

“Jika Menteri Selangor memanggil saya, saya akan menemui beliau,” katanya sambil menambah, Setiausaha Politik beliau sudah memaklumkan Pejabat Menteri Besar mengenai pendiriannya.

 

Beliau mengumumkan pendiriannya di Kulai kelmarin dan mahu menyerahkan surat kepada PKR Selangor hari ini.

 

Blognya juga ada menyebut secara ringkas mengenai keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri.

 

Sambil mengesahkan mesej yang disampaikan di Kulai, blog tersebut berkata: “Saya bukan seperti pemimpin-pemimpin lain memegang jawatan meskipun tahu penolakan Rakyat.”

 

Dalam pada itu, pemimpin kanan PKR pusat ketika dihubungi berkata, keputusan Ahli Parlimen berkenaan masih belum muktamad.

 

“Perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Besar Selangor (yang juga Pengerusi PKR Selangor),” kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

 

Sebelum kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan telah memberi jaminan tidak akan merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran kerajaan negeri.

 

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan dan Ketua Penerangannya, Tian Chua menafikan yang Manikavasagam telah keluar parti.

 

Kata mereka, memang ada SMS sedemikian tetapi menafikan Manikavasagam telah keluar daripada PKR.

 

Gobalakrishnan berkata, beliau yakin Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatan.

 

“Saya ada bercakap dengan beliau dua hari lalu, jangan percaya pada SMS ini,” katanya.

 

“Saya tidak tahu mengenainya dan tidak percaya beliau akan berbuat demikian,” kata Tian Chua. Semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar mengesahkan Kuil Sri Mahakaliamman di Kampung Tasik dirobohkan oleh MPAJ awal bulan ini walaupun dinafikan pemimpin PKR sebelum itu.

 

Beliau berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan MPAJ merobohkan Kuil Sri Mahakaliamman tanpa kebenaran kerajaan negeri.

5 responses to “MPAJ roboh kuil, MP Kapar sah mahu leta jawatan PKR Selangor

  1. Melayu terinaya

    Salam sejahtera untuk semua rakyat malaysia, Malah tok kong hindu sepatutnya tidak menjadi masalah sekiranya orang hindu mengkut peraturan dan Perlemalanbagaan. Mereka rasa nak buat tok kong mereka buat saja, buat pula tu diatas jalan , tepi jalan semuanya diatas tanah kerajaan. mereka terdiri dari 7% penduduk Msia bukan semua rakyat malaysia pun berlagak macam rakyat malysia. Tok merata-rata sepanjang 11km terdapt 9 tok kong hindu, hanya satu masjid saja. Ini sangat sensitif. Pensyarah UM yang mengajar TITAS mengatakan orang=orang hindu yang membuat tok kong merata-rata adalah orang hindu yang sesat, Kalau nak aman di sini ikut peraturan. Tok Kong hindu d ampang patut diroboh kerana tidak ada kebenaran. Manamna tok kong yang tidak dapat kebenaran patut diroboh.

  2. Mari kita lihat, siapa yang kena…

  3. dah tak jadik letak jawatan dah, hahahaha nak ke dia letak jawatan .. masyuk tuuu

  4. Kuil dibina secara haram, adalah wajar dirohohkan. Kalau sebelum ini, semasa Khir Toyo dah banyak masjid / surau dirobohkan. Kerajaan tak buat apa-apa. Walaupun geger riuh kami dari PAS membuat bantahan.

    SIla bina kuil dimilik tanah persendirian, bukannya bina di atas tanah orang atau tanah kerajaan yang dah ada cadangan untuk sebarang projek.

    Alahai Yb benda sekecil ini pun nak tunjuk hero???
    Malau I

  5. dah di beri betis,minta peha pulak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s