Raymond Tan tidak akan tinggalkan BN

 

SANDAKAN 28 Sept. – Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat, Datuk Raymond Tan Shu Kiah memberi jaminan tidak akan meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) biarpun Parti Maju Sabah (SAPP) yang pernah disertainya telah keluar dari BN baru-baru ini.

”Walaupun parti yang saya anggotai sejak sekian lama tidak lagi berada dalam BN, saya tetap meneruskan tugas saya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri BN.

”Saya menang dalam pilihan raya umum lepas atas tiket BN dan untuk itu saya tidak akan lari meninggalkan parti itu,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, balu dan anak yatim di sini malam tadi.

Tsu Kiah juga adalah Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

“Saya kini umpama tiada rumah (merujuk kepada SAPP yang menyisihkannya) tetapi untuk kepentingan rakyat dan penyokong, saya tidak lama lagi akan mencari rumah (parti),” katanya.

Pada 17 September lalu, SAPP mengumumkan keputusan keluar dari BN setelah lebih 13 tahun dalam gabungan itu dengan alasan BN telah hilang ‘semangat BN.’

Pada 18 Jun lalu, SAPP turut mencadangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Tsu Kiah merangkap Timbalan Presiden SAPP bersama Naib Presiden Jimmy Wong dan Ketua Pemuda Au Kam Wah adalah ahli majlis tertinggi SAPP yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s