Pembebasan tebusan hadiah Hari Raya

 utusan malaysia

PUTRAJAYA 30 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pembebasan kedua-dua kapal tangki kepunyaan Malaysian International Shipping Corporation Bhd (MISC) yang ditawan lanun di perairan Somalia sebagai hadiah daripada Allah SWT.

“Ianya merupakan satu hadiah Hari Raya daripada Allah SWT kepada kita, khususnya buat keluarga anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang dibebaskan lebih awal sebelum ini,” kata Perdana Menteri kepada Bernama di sini bagi mengulas pembebasan kedua-kedua kapal tersebut.

Katanya, beliau bersyukur dengan pembebasan kapal MT Bunga Melati semalam dan keselamatan anak-anak kapal berkenaan.

“Saya juga berasa gembira dimaklumkan bahawa pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia yang kita hantar telah melaksanakan tugas mereka secara dedikasi dan bijaksana. Saya merakamkan penghargaan saya kepada mereka kerana telah berusaha untuk mendapatkan pembebasan kedua-dua kapal kita,” katanya.

Kedua-dua kapal MISC itu ditawan oleh lanun di Teluk Aden lebih 40 hari.

Kerajaan kemudiannya menghantar dua buah kapal perang, KD Lekiu dan KD Inderapura dan sebuah kapal peronda pesisir pantai, KD Pahang, untuk melindungi kapal-kapal MISC yang melalui perairan itu ekoran kejadian rampasan MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s