Exco Selangor kecewa pegawai MPAJ digantung tugas

utusan malaysia

SHAH ALAM 30 Sept. – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad terkejut dengan tindakan kerajaan campuran negeri menggantung tugas Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain berhubung isu merobohkan Kuil Sri Maha Kaliamman terletak di Kampung Tasek Tambahan baru-baru ini.

Beliau berkata, perkara tersebut sepatutnya dibincang terlebih dahulu di kalangan semua Exco sebelum membuat sebarang keputusan dan bukan dilakukan oleh individu-individu tertentu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka itu berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada sebarang mesyuarat atau perbincangan melibatkan semua Exco diadakan berhubung tindakan tersebut.

“Saya amat terkejut bila mengetahui Abdul Hamid digantung tugas berhubung isu kuil Hindu yang dirobohkan di Ampang.

“Setahu saya, tiada mesyuarat atau perbincangan di kalangan Exco diadakan bagi memutuskan tindakan disiplin ke atas Abdul Hamid,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan bahawa Abdul Hamid digantung tugas selama seminggu bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung kejadian merobohkan kuil Hindu oleh MPAJ, dua minggu lalu.

Menurut Ronnie, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Selangor yang dianggotai oleh tiga Exco, iaitu Teresa Kok, Dr. A. Xavier Jayakumar dan beliau sendiri telah pun memulakan siasatan mengenai kes itu.

Abdul Samad memberitahu, walaupun isu berkenaan amat sensitif, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjadikan pegawainya yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab sebagai mangsa.

Katanya, penggantungan Abdul Hamid hanya akan menyebabkan para pegawai kerajaan negeri berada dalam keadaan serba salah dan sukar untuk menjalankan tugas seharian.

“Sekiranya mereka berdepan dengan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang pada masa depan, adakah mereka perlu menutup sebelah mata kerana tidak mahu tindakan mereka dianggap tidak sealiran dengan politik semasa?” ujarnya.

Beliau khuatir tindakan disiplin itu akan menjatuhkan moral pegawai-pegawai kerajaan negeri yang sentiasa berusaha untuk mencapai objektif organisasi.

Iskandar berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin kerana beliau menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak yang menyuarakan kemarahan serta kekecewaan berhubung isu tersebut.

Advertisements

3 responses to “Exco Selangor kecewa pegawai MPAJ digantung tugas

  1. Kita selalu saj membuat keputusan secara terburu buru.Siasat dulu kesahihan dan selepas itu perbincangkan dalam EXCO…..entahlah ini bukan DEMOKRASI…….

  2. abdrahim kassim

    Bagi mereka yang memperjuangkan keadilan mesti kita sokong. Tetapi harus diingat setiap yang berjuang itu mesti jujur pada diri sendiri. Ini cukup penting. Kalau tidak ianya akan mengundang bahaya yang lebih besar.

    Sebarang tindakan harus bijaksana. lawan bijaksana ialah bodohsana. Kalau kita bertindak bodohsana, rakyat akan menilai.

    Realiti harus diambil kira. Menafikan realiti samalah seperti menipu diri sendiri. Kuasa yang ada harus diimbangi.

  3. Kuil tu kuil haram. Aku tiap hari lalu balik keja ikut situ. Janganlah terlalu ikut telunjuk si Rinnie ngan Teresa tu…kuil tu kalau tak silap dah 3 kali kena roboh. Tapi dek degil dan keras kepala demo bina balik semula…maaf cakap la..selangor punya pentadbiran lebih kurang sama jer macam BN dulu…malah lebih tak memuaskan org Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s