Harga minyak boleh turun lagi jika harga dunia di bawah US$104 setong

utusan malaysia

01/10/2008 5:09pm

KUALA LUMPUR 1 Okt. — Harga minyak runcit tempatan hanya boleh diturunkan jika harga purata minyak mentah dunia pada bulan Oktober menurun ke US$104 setong, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata hari ini.

“Ia bergantung kepada keadaan harga minyak di dunia. Trend penurunan harga kena berterusan dan putaranya mestilah di bawah US$104 satu tong,” katanya apabila ditanya sama ada kerajaan bercadang menurunkan lagi harga minyak runcit petrol,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Pada 24 September, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel diturunkan 10 sen, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter berikutan penurunan harga minyak dunia.

“Jadi kalau harga purata pada bulan Oktober boleh turun di bawah US$104 setong, ini bermakna harga runcit boleh diturunkan lagi,” kata Shahrir.

Mengenai khabar angin yang menyatakan stesen-stesen minyak di sekitar ibu kota menghadapi kekurangan bekalan, beliau menjelaskan bahawa minyak yang dibekalkan adalah bergantung kepada pengusaha stesen.

“Minyak adalah barang kawalan. Jadi mereka (pengusaha stesen) kena berhati-hati kalau menyatakan bahawa kekurangan minyak ataupun mereka tak dapat bekalan yang cukup. Nanti kita akan siasat siapa yang terlibat,” kata Shahrir.

One response to “Harga minyak boleh turun lagi jika harga dunia di bawah US$104 setong

  1. Kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat sangat ketara terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.Ini adalah di sebabkan golongan ini tidak mendapat benefit yang banyak tetapi mereka telah komited dengan arus pembangunan di mana kenderaan menjadi kemestian dalam kehidupan seharian.Purata perbelanjaan minyak satu hari adalah di antara RM20 hingga Rm40 tertakluk kepada jarak permastautin tinggal.Lebih jauh lebih banyak.Jadi belanja minyak saja menjangkau RM1200.00(Seribu dua ratus) sebulan berbanding dengan Rm600 sebelum ini.Bayangkan, Jika seorang itu pendapatannya kurang daripada RM3000.00 sebulan.Pendapatan Rm 3000 pun belum tentu dapat menyara komitment yang telah di buat sewaktu masa masa cermelang(Harga barangan masih acceptable).Ini untuk mereka yang bergaji bulan.Tak tahu lah macam mana member kita yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,Allah saja yang mengetahui.Di harap pihak
    kerajaan dapat mengatasi masaalah ini sebab jika tidak di bendong awal awal lagi
    kita semua akan saperti kes di Amerika Syarikat juga dimana si perhutang tak dapat nak membayar komitment komitment dan terpaksa mengistiharkan bankrupsi maka
    dengan tersendirinya ekonomi akan menurun menjunam dan susah nak diselamatkan.
    Sekarang rakyat sedang bertahan……berapa lama mereka dapat bertahan.Kalau
    simpanan sudah kehabisan nak bertahan macam mana…………crime akan mesti meningkat kerana terdesak………bebanan kerajaan akan bertambah di sebabkan
    unexpected extra expenditures ini.Jadi sebelumnya ini terjadi kenapa tidak harga minya di turunkan pada harga asal RM1.50 se liter dan tanggungan subsidi itu
    lebih elok daripada menanggung bebanan unexpected expenditures ini.Semua rakyat
    akan mendapat manafaat secara terus dan harga barang dapat setabil dan boleh
    di turunkan.Pembayaran balik pinjaman adalah lebih mudahdan tidak tertunggak.Bagi upper class tentulah tak menjadi masaalah sebab dalam apa apa keadaan pun mereka tak kan dapat merasa nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s