Zahid sedia tanding Timbalan Presiden

 utusan malaysia

MELAKA 2 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti pada Mac depan.

Menurutnya, kesediaan itu dibuat setelah berlaku perubahan pada pelan peralihan kuasa yang diumumkan baru-baru ini.

“Jika sebelum ini saya telah umumkan untuk bertanding jawatan naib presiden, kali ini saya bersedia pula bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas berlaku perubahan pada pelan peralihan kuasa yang dipercepatkan tahun depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Masjid Tanah di sini hari ini.

Mengikut rancangan asal, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO sepatutnya menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO pada Jun 2010, namun tarikh tersebut akan dipercepatkan kepada tahun depan.

Namun kata Zahid, keputusannya itu masih bergantung pada hasil mesyuarat bahagian kelak.

“Kita lihat nanti selepas semua bahagian selesai mesyuarat kelak tetapi buat masa ini, saya bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden,” katanya.

Kata Zahid, beliau akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu sebaik sahaja mesyuarat semua bahagian selesai.

Persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO akan bermula pada 9 Oktober ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s