Abang dakwa adik dirasuk

Utusan Malaysia

KOTA BHARU 4 Okt. – Abang kepada anggota polis yang melepaskan 58 das tembakan ke udara dan beberapa das lagi ke arah keretanya serta kereta orang awam mendakwa adiknya yang berusia 22 tahun itu telah dirasuk.

Mohd. Roduan Hamzah, 24, berkata, sebelum ini adiknya tidak pernah mempunyai sebarang masalah ketika bertugas di Bahagian Am, Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, keluarganya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu amat terkejut kerana adiknya sebelum ini memaklumkan bahawa dia tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri kerana terpaksa bertugas.

“Saya difahamkan ketika kejadian adik saya memandu bersendirian dan tidak mengetahui arah tujuannya sambil membawa dua pucuk senjata.

“Ketika tiba di tempat kejadian dia dikatakan melepaskan 58 das tembakan dalam keadaan seolah-olah dia tidak sedarkan diri seperti telah dirasuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Roduan menambah, sebelum adiknya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak, ibunya yang tinggal di Kampung Bagus, Rantau Panjang, sempat menemuinya semalam tetapi anggota polis itu masih separuh sedar.

Selepas kejadian tersebut, Mohd. Roduan berkata, keluarganya telah menemui beberapa bomoh untuk meminta mereka membantu mengubati penyakit adiknya itu.

Mohd. Roduan yang juga seorang anggota polis yang kini bertugas di Kem Ulu Kinta, Perak, yakin adiknya tidak akan bertindak melepaskan tembakan sewenang-wenang jika dia tidak dirasuk atau terkena buatan orang.

Menurutnya, selepas kejadian itu, adiknya yang merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sebelum dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, gara-gara melepaskan 58 das tembakan ke udara akibat tekanan perasaan, anggota polis itu ditahan bagi membolehkan dia dirujuk ke Jabatan Psikiatri, Hospital Lipis.

Walaupun beberapa buah kereta turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s