Hindraf Buat Laporan Polis Terhadap Syed Hamid Dan Utusan Malaysia

06 Oktober, 2008 18:27 PM

BUTTERWORTH, 6 Okt (Bernama) — Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan akhbar Utusan Malaysia berikutan kenyataan dan laporan yang didakwanya berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.

Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan pada 4 Oktober yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk “Hindraf diberi Amaran ” adalah tidak adil dan bersifat perkauman.

“Kita juga mahu Syed Hamid memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar itu kerana Hindraf amat tersinggung dengan laporan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Balai Polis Butterworth di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung perkara itu.

— BERNAMA

2 responses to “Hindraf Buat Laporan Polis Terhadap Syed Hamid Dan Utusan Malaysia

  1. penulis_cyber

    cuba baca reaksi Pak Lah sini :

    Isnin Oktober 6, 2008

    mstar online

    Abdullah kecewa tindakan penyokong Hindraf di rumah terbukanya

    Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang membuat kecoh pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.

    Abdullah berkata, walaupun pada mulanya pihak polis tidak membenarkan mereka masuk ke dewan namun atas semangat Hari Raya, beliau dan menteri-menteri lain membenarkannya kerana majlis tersebut terbuka kepada semua.

    “Bila saya dengar mereka (penyokong Hindraf) nak masuk, saya bincang dengan Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan kawan-kawan tentang pandangan mereka.

    “Pandangan saya adalah mereka nak datang rumah terbuka dan tiada halangan pada mana-mana kumpulan untuk datang ucap selamat hari raya dan bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Kenapa saya nak halang sesiapa datang ke rumah terbuka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

    Bagaimanapun kata Abdullah, penyokong Hindraf yang datang pada majlis tersebut tidak berminat untuk mengucapkan selamat hari raya malah ada yang melangkaui menteri-menteri termasuk Najib semasa sesi bersalaman.

    “Saya dan lain-lain menteri menunggu untuk bersalam. Apa yang saya diberitahu oleh seseorang yang memerhati, adakah Pak Lah sedar hanya seorang daripada mereka yang mengucapkan selamat hari raya.

    “Yang lain-lain saya dengar dengan jelas ‘hapuskan ISA…lepaskan Hindraf’. Itu saja yang dia nak cakap dengan saya.

    “Kemudian saya pergi sembahyang dan diberitahu ada kumpulan (Hindraf) lain kira-kira 70 orang (datang). Saya tiada di situ kalau ada antara mereka yang mengucapkan selamat hari raya,” katanya.

    Abdullah berkata, setakat ini tiada laporan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Hindraf tersebut. Ketika ditanya mengenai ISA yang digunakan di negara ini termasuk kepada ahli politik dan wartawan, Abdullah berkata, ada sebab-sebab yang baik mengapa ia dilaksanakan.

    Katanya, terdapat negara-negara yang menggunakan undang-undang yang lebih keras dan setiap negara mempunyai caranya tersendiri untuk memastikan keselamatan negaranya terjamin.

  2. Jarang-jarang kita dapat kes kurang ajar tetapi ‘lucu’. Nampaknya pemimpin Hindraf tak begitu faham ‘diversity’ di Malaysia.

    Lihat satira lampu & Hindraf dlm waadat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s