Jazlan tawar diri tanding Timbalan Presiden Umno

MSTAR

Johor Bahru: Saingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Umno lebih mengejutkan apabila Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.

Menganggap dirinya sebagai calon alternatif, Jazlan, 42, berkata Umno perlu melakukan perubahan terutamanya bagi pengundi muda demi perubahan serius dalam parti.

“Saya membawa suara remaja. Tidak semestinya dari dalam Umno tetapi juga di luar kerana sebahagian besar pengundi adalah golongan muda,” katanya.

Jazlan yang juga merupakan seorang akauntan bertauliah berkata, semua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut kini berjawatan menteri ataupun anggota Majlis Tertinggi (MT), parti.

Beliau berkata jika ingin terus kekal relevan, Umno perlu keluar dari kedudukan sekarang sebagai sebuah parti birokrasi di mana kenaikan jawatan adalah berdasarkan senarai pangkat yang lebih tinggi.

Tambah beliau, Pemuda Umno mahukan bukti perubahan di mana Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu melakukan proses peremajaan dalam parti apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden.

Jazlan berkata beliau akan mengumumkan mengenai perkara ini pada mesyuarat bahagiannya yang di jadual pada 26 Oktober ini bagi mendapatkan pencalonan.

Katanya beliau tidak mengadakan sebarang rundingan dengan pucuk pimpinan parti mengenai tawarannya untuk bertanding kecuali mendapatkan restu bapanya yang merupakan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat.

“Umno perlu mencari orang yang berani untuk melaksanakan tindakan yang berani. Saya amat bimbang mengenai kedudukan Umno untuk terus hidup,” katanya.

Dua lagi calon yang mengumumkan untkk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno ialah Naib Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ahli MT, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

One response to “Jazlan tawar diri tanding Timbalan Presiden Umno

  1. jadi ketua bahagian pulai pun berterabur nk jadi org no 2 …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s