Tindakan Hindraf boleh gagal rundingan bebas tahanan ISA

MALAYSIA KINI
Oct 3, 08 3:55pm
Tindakan Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyerbu rumah terbuka Aidilfitri Perdana
Menteri dan menteri boleh menggagalkan rundingan bagi membebaskan lima pemimpinnya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil melahirkan rasa kecewanya, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan kira-kira 1,000  penyokong Hindraf menyerbu rumah terbuka itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PwTC), Kuala Lumpur kelmarin boleh menyebabkan segala rundingan antara MIC dengan kerajaan bagi membebaskan lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan di Kamunting gagal.

Katanya, kerana taksub untuk menjadi ketua, terdapat pihak yang sengaja menjadikan perkara itu sebagai isu dengan tujuan supaya kelima-lima tahanan
terbabit terus ditahan.

“Sebenarnya ada pemimpin yang akan tertekan sekiranya tahanan ini bebas, segala penipuannya yang dijalankan semata-mata ingin menjadi ketua yang
disanjungi dan dihormati akan berkubur.

“Saya mahu semua kaum India yang menganggotai kumpulan ini berhenti mendengar segala nasihat dan tohmahan yang dikeluarkan pemimpin kumpulan ini serta meninggalkannya,” katanya seperti laporan Bernama.

Samy Vellu turut mencabar pemimpin Hindraf P  Waythamoorty, yang berada di London, untuk kembali ke tanah air dan memberikan penjelasan kepada pengikutnya mengenai semua persoalan
termasuk wang hasil kutipan Hindraf selama ini.

“Jelaskan kepada mereka (pengikut Hindraf), adakah permergiannya ke London untuk menuntut hak RM1 juta untuk semua pengikut Hindraf atau menghabiskan semua duit anggota kumpulannya yang dikutip dan lari ke sana,” kata Samy Vellu.

Bagaimanapun Hindraf menafikan ia menyerbu atau menimbulkan kekecohan di majlis itu seperti laporan beberapa media.

Penyelarasnya RS Thanenthiran dilaporkan berkata mereka mengirim surat rasmi untuk hadir di majlis tersebut untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.

Tambahnya pembantu peribadi kanan perdana menteri Datuk Ahmad Yaakob menerima surat tersebut dan memaklumkan bahawa sesiapa sahaja boleh hadir di rumah terbuka Abdullah.

One response to “Tindakan Hindraf boleh gagal rundingan bebas tahanan ISA

  1. Hindraf perlu tampil membuktikan mereka bukan golongan pelampau. Atau mereka sebenarnya pelampau yang perlu diberikan ‘peringatan’. Kalau dah tak tahu adat dan tak reti bahasa memang boleh dilabel pelampau. Memang banyak pun puak-puak itu tak tahu bahasa Melayu dan masih mendahulu dan mengutamakan bahasa asing berbanding bahasa Melayu, tetapi mereka masih mengaku berbangsa Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s