Dr Asri bersara mengejut mulai Nov?

MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Oct 6, 08 5:18pm
Ada “kemungkinan besar” Oktober menjadi bulan terakhir bagi tokoh agama terkenal Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkhidmat sebagai mufti Perlis.

Dr Mohd Asri berkata, beliau mungkin akan bersara lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya apabila kontraknya dijadual tamat Oktober tahun depan.

“Ini mungkin bulan terakhir bagi saya (sebagai mufti Perlis),” katanya dalam kepada Malaysiakini hari ini.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri diminta mengulas desas-desus beliau akan meletakkan jawatan lebih awal sejak berkhidmat sebagai mufti mulai 2006.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana keadaannya yang “tertekan.”

Diminta mengulas lanjut tekanan itu sama ada tekanan politik, beliau enggan menyatakannya.

“Nanti saya akan cerita lain,” katanya.

Bagaimanapun laporan-laporan di internet menyebutkan beliau tertekan akibat politik susulan sikapnya yang lantang dalam beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Dr Mohd Asri enggan mendedahkan tindakannya selepas bersara sama ada kembali bertugas sebagai pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sementara itu, di ambang peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak sebelum 2010, Dr Mohd Asri mengulas tentang tanggungjawab orang Islam memilih pengganti yang berwibawa.

Menulis di blognya semalam, beliau berkata, rakyat dan pemimpin mesti memastikan bahawa “jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat tidak jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak”.

“Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas,” tulisnya.

Menurutnya lagi, menjadi pengganti pemimpin Islam merupakan perkara besar dan jawatan itu “bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja.”

14 responses to “Dr Asri bersara mengejut mulai Nov?

  1. penulis_cyber

    Baguslah kerana itu cara terbaik utk takdibkan Asri ( desakan Pengarah JAKIM ) tempoh hari ekoran kenyataan Asri yang mempertikaikan tindakan Jakim terhadap Raja Petra.

    Dr dengan ijazah Phd bukan tiket untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang kontroversi meskipun ia jalan mudah untuk menjadi sensasi.

    Ulama menegur dengan hikmah dan tanpa menjatuhkan maruah….

    Moga dia akan sedar selepas ini ….cukuplah dan Shahidan juga tidak perlu berkeras menaikkan agamawan wahabi ini demi menegakkan ajaran songsang wahabi dalam masyarakat Perlis…

    Mungkin JAKIM perlu memikirkan undang2 menyekat pemikiran songsang wahabi ini yang turut membidaahkan takbir raya yang jelas nasnya di dalam agama.

    Selamat bersara saudara Asri Al Wahhabi..

  2. Pingback: Nafahat ( hadiah ) Ramadhan : berita Asri akan ditamatkan jawatan - MALAYSIAKINI !!! « Ustaz Moden’s Weblog

  3. tak ok kalu bercanggah dengan jumhur ulama….

  4. bercanggah semata2 bukanlah alasan utk menidakkan kredibiliti ulama yg minoriti…

  5. penulis_cyber

    pendapat bertentang dengan IJMAK boleh diterima ??? hati hati kerana IJMAK salah satu kaedah menentukan hukum termasuk qias…..

  6. penulis_cyber

    baca pendedahan ttg fahaman asri di blog ini : http://abu-syafiq.blogspot.com/

  7. imam yang empat pun ada bercanggah pendapat dan ada juga yang kontra dengan jumhur kan?

  8. terpulang pada yang menilai…aku bukan ahli dalam bidang ni…

  9. DUNIA akhir ZAMAN. Bersiap sedialah untuk menghadapi KIAMAT.

  10. dengan ilmu yang tak seberapa, terfikir layakkah kita utk menghakimi orang lain…

  11. Perbanyakkan bekalan untuk AKHIRAT kerana AKHIRAT itu KEKAL & DUNIA itu hanyalah SEMENTARA. Fikir-fikirkanlah

  12. Rentaka : anda kena faham IJMAK ulama adalah pendapat paling RAJIH ( tepat dan diterima )… jadi jangan dipertahankan pendapat minoriti walaupun ia juga dihormati.

  13. penulis_cyber: terima kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s