Pertahan jawatan: Pak Lah umum pendirian hari atau esok

mstar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pendiriannya sama ada mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno atau sebaliknya hari ini ataupun esok.

Difahamkan beliau akan berbuat demikian esok selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esok.

Abdullah mengesahkan yang beliau akan menemui pemimpin-pemimpin BN di ibu negara esok.

“Tunggulah dalam masa yang tak lama lagi, Saya akan buat keputusan esok atau Rabu”, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Pada 26 Oktober lalu Presiden Umno itu berkata beliau akan mengumumkan mengenai keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu sebelum 9 Oktober iaitu sebelum bermulanya persidangan peringkat bahagian.

Pada 1 Oktober lalu, Perdana Menteri berkata beliau akan memberi penjelasan kepada ketua parti komponen BN mengenai pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata:

“Itu pilihan mereka sama ada mereka mahu mengumumkannya awal atau mahu menunggu.Itu terpulang sepenuhnya kepada mereka.”

“Kamu tunggu… selepas beberapa ketika, sebahagian daripada mereka akan berundur dan yang tinggal nanti hanya dua atau mungkin seorang,” katanya.

Ditanya mengenai perkara yang akan difokuskannya sementara masih bergelar Perdana Menteri, Abdullah berkata, beliau mahu menunaikan janjinya kepada rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s