Zaid ubah fikiran, bakal keluar Umno?

NST

06 Oct 2008 8:43AM KB: Datuk Zaid Ibrahim, yang meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bulan lepas, mungkin mengubah fikiran berhubung rancangan tidak akan keluar dari Umno. Alasannya ialah beliau tidak nampak masa depan baginya dalam Umno.

‘Saya menghabiskan masa selama 20 tahun dalam politik (untuk Umno) dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya.

‘Ini bukan kerana saya tidak setia,’ kata beliau seperti yang dipetik oleh akhbar Sunday Star semalam.

‘Saya digantung daripada parti tanpa sebab dan sekarang dilarang bertanding bagi pemilihan bahagian (Kota Bharu).

‘Jadi, apa yang hendak anda lakukan jika anda berada dalam kedudukan saya?’ tanya Datuk Zaid, ketika diwawancara di rumahnya di Pasir Hor kelmarin.

Beliau meletak jawatan pada pertengahan September kerana tidak setuju tindakan kerajaan menahan pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi beliau berkata tidak akan keluar dari Umno.

Mengulas laporan bahawa beliau bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar kelmarin dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata ia hanya pertemuan biasa. / NST


“Saya habiskan 20 tahun untuk Umno dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya”

Advertisements

2 responses to “Zaid ubah fikiran, bakal keluar Umno?

  1. Datuk zaid our rakyat hero…Demolish ISA

  2. Nik Anwar thinks..

    Apa yg kekal dalam politik? Jawapannya tiada..siapa kata mustahil satu hari nanti TG Nik Aziz akan berada bersama UMNO? Kalau TGNA nak mengatakan bahawa mustahil dia akan berada dalam UMNO..maknanya dia mendahului Takdir Illahi…Jadi tak berasa pelik kalau Datuk Zaid nak keluar UMNO nak masuk PAS/DAP/PKR/Gerakan…

    Dalam politik macam2 boleh jadi…kalau Datuk Zaid merasakan dia boleh memainkan peranan yg penting dalam parti tsb..ayuhlah…silakan. Sepatutnya Datuk Zaid memikirkan dgn lebih mendalam semasa diberi jawatan menteri dalam kabinet BN. Bukan semua orang diberi peluang sebegitu rupa. Apa motifnya tidak bersetuju dgn tindakan penangkapan 2 individu dibawah ISA? Jangan cepat melatah..fikirkan secara mendalam kesan dan akibat tindakan beliau mempertikaikan keputusan kerajaan yg beliau wakili..ini tindakan sangat tidak bijak..baiklah Datuk Zaid mewakili NGO drp menjadi menteri..kalau itulah prinsip beliau..

    Namun begitu PAS/PKR perlu le waspada kalau Datuk Zaid bersama mereka..takut nanti jadi musuh dalam selimut..fikirkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s