Anwar tuduh Utusan Malaysia

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai tindak-tanduk keterlaluan pertubuhan haram Hindraf bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India.

Sambil mengelak daripada mengulas perlakuan kumpulan itu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa isu sebenarnya ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai zalim.

”Jangan dengar Utusanlah. Isunya bukan tunjuk perasaan Hindraf yang disebut oleh Utusan Malaysia. Dalam akhbar Utusan Malaysia, ceritanya cuma nak bangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Hindu. Saya katakan isunya adalah ISA yang zalim.

”Orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik), makan anjing ke, makan beruk ke. Itu bukan soalnya.

”Orang zalim kena dibetulkan kesalahan mereka. Kalau orang Melayu beragama Islam tunjuk zalim kepada orang Hindu, orang Melayu tak layak memimpin negara ini. Utusan Malaysia boleh catat perkara ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar menegaskan rancangan beliau untuk mengambil alih kerajaan akan tetap dilaksanakan tanpa mengira sama ada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatan Presiden UMNO atau tidak.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, rancangannya itu bukan bersifat peribadi terhadap Abdullah atau timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

”Kita tunggu pengumuman esok. Namun, walau apa pun yang berlaku, (rancangan ambil alih kerajaan) bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi terhadap Abdullah atau pun Najib,” katanya.

Beliau ditanya peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri berikutan kenyataan Abdullah yang akan mengumumkan hari ini atau esok, keputusan sama ada bertanding jawatan Presiden UMNO atau tidak pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Ditanya seorang pemberita asing sama ada ketiadaan penyokong PKR di mahkamah hari ini menandakan kekurangan sokongan terhadap beliau, Anwar berkata, parti itu tidak menggerakkan penyokong mereka hari ini kerana menyangka Hakim Sesyen, S. M. Komathy Suppiah hanya membuat keputusan berhubung perkara teknikal.

”Kami sangka hakim akan memberi keputusannya dan menetapkan tarikh baru,” katanya.

Mengulas prosiding hari ini, Anwar berkata, pihak pendakwaan cuba menyusahkan mahkamah dan enggan mengiktiraf kemampuan serta keupayaan Hakim Komathy daripada mendengar kes itu, malah berkeras mahu memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi yang didakwa Anwar, hakimnya boleh ”dipilih-pilih.”

Advertisements

3 responses to “Anwar tuduh Utusan Malaysia

  1. Manusia yg dah XDA MARUAH saja yg suka memutar-belitkan kata-katanya. Fikir-fikirkanlah.

  2. anti-putar belit

    saya bukan mahu mengutuk,cuma,janganlah terlalu mengejar pangkat PM sahaja,dan memutar belitkkan keadaan dengan mengatakan bahawa kononnya kerajaan zalim kerana ISA…sekurang-kurangnnya kerajaan mementingkan hak MELAYU di TANAH SENDIRI….BUKAN KAUM LAIN….rakyat bukan BODOH!!!!

  3. Kalau lah xda ISA ….. hancurlah MALAYSIA ….. ANAK KECIL MAIN API….TERBAKAR HATINYA YANG SEPI…….. AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT….. BUMI MILIK DIAMBIL ORANG….. NENEK MOYANG KAYA RAYA…. TERGADAI SEGALA HARTA BENDA …AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA….. So Please stop it before it too late.
    Bertindaklah sebelum ianya …… Fikir-fikirkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s