Dibidas pertahan Hindraf

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Beberapa ahli Parlimen hari ini membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan tindakan pertubuhan haram Hindraf pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Mereka dalam masa yang sama turut melihat bahawa kenyataan Anwar itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Hindraf diketahui umum sebagai penyokong kuat kepada Anwar.

Sehubungan itu, kata mereka, atas dasar tersebut, Anwar dilihat akan melakukan apa sahaja bagi membela penyokongnya kerana pemimpin pembangkang itu sememangnya seorang yang terdesak.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya sekiranya Hindraf melakukan perkara yang serupa ketika Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, nasib pertubuhan itu pastinya berbeza.

Katanya, malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri mungkin akan menjadi orang pertama yang mengecam Hindraf di atas perbuatan pada sambutan hari raya yang lalu.

”Kalau Anwar masih Timbalan Perdana Menteri, dia orang pertama akan mengutuk Hindraf, tetapi kerana hari ini pertubuhan haram itu merupakan penyokong utama kepada Anwar, maka pertubuhan itu dipertahankan.

”Sebab itu, saya minta supaya masyarakat India termasuk parti politik kaum itu supaya tidak mengikut rentak Hindraf kerana pertubuhan itu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar ketika diminta mengulas tentang kelakuan Hindraf yang dilihat keterlaluan kebelakangan ini bukan sahaja mempertahankan pertubuhan haram itu sebaliknya menyalahkan pula Utusan Malaysia kerana membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap penganut Hindu.

Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, tindakan Anwar mempertahankan Hindraf ternyata berlaku atas faktor politik semata-mata.

”Cara Hindraf bukan untuk datang berhari raya. Kita tidak persoalkan hasrat pertubuhan itu untuk menyampaikan memorandum. Namun, soalnya apakah tidak ada hari lain selain daripada majlis hari raya.

”Malangnya, ada pula pemimpin Melayu yang terdesak boleh menyokong perbuatan itu hanya demi mengekalkan sokongan politik,” jelasnya.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, sokongan Anwar terhadap tindakan Hindraf pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Katanya, Anwar dari awal sanggup bersekongkol dengan pertubuhan yang telah memburukkan kerajaan di luar negara sebagai kerajaan yang melakukan pembersihan etnik.

”Dari awal lagi kenapa nak bersama dengan Hindraf. Mana perginya maruah kita kerana kumpulan ini yang menghina kerajaan kita yang ditunjangi kepimpinan Melayu Islam dengan pelbagai tuduhan yang tidak benar sama sekali.

”Sebab itu, setakat sokong yang baru ini, saya memang tidak hairan, bukan kita tidak tahu Anwar ini macam mana orangnya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Anwar tidak perlu membangkitkan sentimen perkauman dengan melaga-lagakan orang Melayu dan India.

Katanya, isu mengajak orang Melayu membenci orang India seperti yang didakwa Anwar tidak timbul kerana perbuatan Hindraf pada sambutan hari raya itu dapat dinilai semua pihak termasuk media.

”Orang tak pergi ziarah hari raya pakai uniform. Orang yang macam itu tentunya ada niat lain. Jadi, kenapa kita nak pertahankan pula tindakan seperti itu.

”Jangan kita mengancam perpaduan kaum hanya kerana desakan politik kita,” ujarnya.

2 responses to “Dibidas pertahan Hindraf

  1. Apa kah kesudahan negara kita ini nanti.Suatu ketika dahulu ianya sabuah negara yang amat dihormati dan disegan,Amerika Syarikat sekali pun kerana pendirian kita di mata dunia.
    Apa dah jadi dengan kita ni.Dimana persefahaman dan kerjasama kita.Kita macam sudah tidak sopan santun lagi.Bertikam lidah,menegak benang yang basah.Undang undang tidak di hormati lagi.Sudah lah.Baliklah ke pangkal jalan.Tidak siapa yang akan untung jika kita terus bergaduh dan berselisihfaham.Ikutlah lunas undang2 yang kita ada dan kembalilah
    bersatu.Kalau kita tidak bersatu,Malaysia ibarat sabuah dahan yang rapuh dan tak dapat tempat bergantung lagi.Hanya bersatulah kita akan sentiasa menjadi kuat dan negara kita
    akan sentiasa menghormat kita dan segan dengan keutuhan pegangan kita yang ingin
    sentiasa bersatu.Bertaubatlah dan sudahlah.Bersama samlah membangunkan negara kita ini.Kalau tidak kita siapa lagi.Berpecah pecah, semua akan rugi.
    Wassallam.

  2. Kepada penyokong-penyokong yg mengikut dengan MEMBABI-BUTA pemimpin yg dianggap HERO untuk semua tu …… INSAFlah…. INSAFlah… INSAFlah. Jgn ikutkan sangat Emosi menjadi SI BIADAP ! SI KURANG AJAR ! SI SAMSENG TAHI MINYAK ….Tak reti Berpijak Di Bumi Yang Nyata. Itu lah akibatnya tak tahu tentang RUKUN NEGARA. Orang tua suruh pergi sekolah TAPI ponteng ikut orang gila TUNJUK PERASAAN dijalanan , memusnahkan harta benda awam, memekik-melolong , memaki-hamun macam orang TAK SIUMAN apa untungnya. Menegakkan PERJUANGAN konon… anak-bini kat rumah dibiar dalam keadaan TUNGGANG-LANGGANG …sibuk dgn PERJUANGAN kononnnnnnn, Piiiiiiiii lah .
    Kita xhairanlah ada pihak-pihak yg tertentu INGINKAN perpecahan di antara kita. Ingat lirik lagu ini ….. ANAK KECIL MAIN API ….. TERBAKAR HATINYA YANG SEPI …. AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT …… BUMI MILIK DIAMBIL ORANG…….
    Fikir-fikirkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s