Penyokong Pak Lah berhimpun di PWTC

MALAYSIAKINI

MALA
Oct 8, 08 4:03pm
Sekumpulan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) edang berlangsung di situ sejak jam 3.40 petang tadi.

Mereka turut membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan sehingga 2010 – di tengah-tengah spekulasi yang beliau mungkin dipaksa meletakkan jawatan lebih awal.

Kain rentang tersebut berbunyi: ‘Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi’, dan ‘Pak Lah, teruskan perjuangan‘.

Mereka turut melaungkan ‘Hidup Pak Lah’ dan ‘Pak Lah presiden, Najib timbalan’.

Abdullah dijangka mengumumkan keputusannya sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan Umno Mac depan.

Beliau dijangka mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat
berkenaan.

Abdullah mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang dihadiri oleh pemimpin kesemua 13 parti  Komponennya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s