Syed Hamid tidak gentar

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak gentar dengan tindakan pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang membuat laporan polis terhadapnya.

Kata Syed Hamid, beliau tetap akan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

‘‘Mereka boleh ambil apa juga tindakan. Saya tidak akan berganjak dengan ancaman.

‘‘Saya tetap menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan serta ketenteraman awam di samping mengingatkan kepada semua betapa pentingnya perpaduan dan keharmonian,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Hindraf membuat laporan polis terhadapnya dan Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang semalam, berikutan kenyataan dan laporan yang didakwanya berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.

Penyelaras pusat Hindraf, R. Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan Malaysia pada 4 Oktober lalu yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk Hindraf Diberi Amaran sebagai tidak adil dan bersifat perkauman.

Menjawab pertanyaan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap pertubuhan haram itu dari terus melakukan kekacauan, Syed Hamid menyatakan, sebagai sebuah organisasi yang tidak sah, Hindraf tertakluk kepada undang- undang.

3 responses to “Syed Hamid tidak gentar

  1. memang tak perlu gentar pun. tak ada apa yg perlu beliau takutkan. “Bukit tak runtuh dek salakan…”

  2. Bukan pasal BUKIT kah GUNUNG kah yg disalak xakan runtuh…. pokoknya perbuatan ala SAMSENG TAHI MINYAK, KURANG AJAR & BIADAP tu patut diberi PENGAJARAN yang secukupnya. Dahlah dilabelkan PERTUBUHAN HARAM nak buat suka hati dia orang je.
    KURANG AJARRRRRRRRR………

  3. Bukan pasal BUKIT kah GUNUNG kah yg disalak xakan runtuh…. pokoknya perbuatan ala SAMSENG TAHI MINYAK, KURANG AJAR & BIADAP tu patut diberi PENGAJARAN yang secukupnya. Dahlah dilabelkan PERTUBUHAN HARAM nak buat suka hati dia orang je.
    KURANG AJARRRRRRRRR………sedarlah sikit.
    Fikir-fikirkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s