Khairy dapat pencalonan pertama

MALAYSIAKINI
Oct 9, 08 4:48pm
Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan pertama untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

khairy jamaluddinBeliau yang juga naib ketua pergerakan tersebut, mendapat pencalonan pertamanya daripada bahagian Machang di Kelantan.

Pergerakan Pemuda Umno Machang mencalonkan Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, sebagai ketua ketua Pemuda dalam mesyuaratnya hari ini.

Mesyuarat tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Sains, Labok dekat sini hari ini.

Selain Khairy, tiga orang lagi telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

Mereka ialah ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam persidangan perwakilan Pemuda Machang hari ini, dihadiri oleh 337 ahli daripada 125 cawangan.

Dalam pengundian yang dijalankan, Khairy mendapat 96 undi dan Mukhriz memperolehi 78 undi manakala ahli perwakilan lain tidak mengundi.

Bahagian itu mencalonkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah, untuk jawatan naib ketua.

“Kami merasakan Khairy mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan Umno,” kata Eriandi Ismail.

Sebelum itu, Eriandi menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian Machang menggantikan Datuk Sazmi Miah yang melepaskan jawatan kerana faktor umur.

Umno Bahagian Machang akan mengadakan mesyuarat perwakilannya esok.

Wanita Umno bahagian itu, yang juga mengadakan mesyuaratnya hari ini, mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua Wanita Umno.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s