Beri hak eksekutif PM tadbir negara

SEREMBAN 9 Okt. – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu diberi hak eksekutif untuk terus mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.

Kata beliau, walaupun Abdullah telah membuat pengumuman untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO, tidak bermakna beliau tidak boleh terus mentadbir Malaysia.

”Lazimnya, dalam sistem politik tanah air, sesiapa yang menjadi Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri. Namun begitu, kuasa eksekutif negara masih lagi terletak di tangan Perdana Menteri,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan supaya Abdullah perlu membiarkan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan peranannya dan berharap beliau (Abdullah) tidak mencampuri tugas timbalannya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menjelaskan, Abdullah tidak boleh membiarkan begitu sahaja negara dengan melepaskan semua tanggungjawab itu terus kepada Najib.

”Memang ini adalah masa terbaik untuk Najib memperhalusi tugas berkenaan dan apabila Abdullah hendak serahkan kepemimpinan negara, pasti beliau akan melakukannya dengan cara terhormat,” jelas beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s